Tegurlah Aku Duhai Sahabat .

Assalamualaikum w.b.t  

Allahurabbi benarlah kata ulama :


❝ Jika dosa itu berbau, nescaya aku tak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuhku dikesan orang kerana dosa-dosaku. ❞

Besarnya kasih sayang Allah kepada kita kerana betapa banyaknya dosa kita ditutup daripada penglihatan manusia.Saya ada jumpa kata-kata yang sangat sangat lagi berkesan di hati . Credit tu Angel Pakai Gucci kerana menulis ini :) 




Jika kau nampak aku buat maksiat,
Tidak kira maksiat mata atau telinga,
Maksiat tangan atau perbuatan,
Maksiat mulut atau perut,
Tidak kiralah apa jenama atau capnya,
Tegur, sebelum hatiku kabur..!

Kalau kau lihat aku banyak cakap tak banyak buat,
Pandai berhujah tapi hanya tinggal di lidah,
Potpet potpet bumbam bumbam di alam maya,
Tapi dia alam nyata diam seribu bahasa,
Ibaratnya pelakon handalan banyak pengiktirafan,
Tegur, sebelum imanku gugur..!

Andainya kau lihat solat jemaahku entah ke mana,
Tilawah dan tadabburku di Banjaran Titiwangsa,
Bangun malamku terbenam di lautan Pasifik sana,
Maathurat ku.. Maathurat? Gerangan makhluk apa?
Banyak berkata, sedikit zikir dan doa,
Tegur sebelum aku jadi takkabur..!

Apabila kau saksikan aku sudah mula melemah,
Malas berusrah gemok nak pergi daurah,
Sudah tak peduli dengan masalah ummah,
Perlahan-lahan dirasuki jahiliyyah,
Tak selera lagi untuk mentarbiyah, berdakwah,
Tegur, itu tandanya aku sudah futur..!

Sekiranya kau yakin aku sudah jauh sekali,
Dari hidayahNya yang pernah aku damba,
Dari ukhuwwah yang pernah membasah,
Dari sentuhan rabbani yang amat aku idami,
Dari obor perjuangan yang semakin kehilangan,
Tegur, jangan biarkan imanku melebur..!

Tegurlah aku, kerana aku mudah lupa.
Tegurlah aku, kerana aku hanya manusia.
Tegurlah aku, kerana aku tak hebat mana,
Tegurlah aku, kerana aku bukan siapa-siapa.
Tegurlah aku, kerana sungguh aku berdosa.
Tegurlah aku, sebelum aku sengsara.
Tegurlah aku, sebelum Izrail mencabut nyawa…!

Dan tegurlah aku wahai sahabat; tidakkah pernah kau dengar, firmanNya yang sudah termaktub?
“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian! Hanya sahaja kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran!”

Sungguh aku rindu dan dambakan pada teguran ikhlas yang mengubat sukma, walau ia merobek jiwa.."

Hanya Manusia Biasa

Assalamualaikum w.b.t :)

Alhamdulilah masih diberi peluang untuk hidup dan bertaubat kepadaNya . Alhamdulilah juga masih diberi peluang untuk menulis entry di blog yang sudah lama ditinggalkan .

Selama beberapa bulan tak menulis di blog,bermacam perkara yang berlaku dalam hidup saya . Banyak dugaan yang diberi dariNya yang membuatkan saya semakin kuat menjalani kehidupan di dunia . Walaupun pada hakikatnya bibir tersenyum,ketawa dalam hati hanya Allah je tahu. :") Hanya kepada Allah,saya berkongsi rasa,masalah , segalanya ..

Oh ya , tadi saya ada jumpa sesuatu yang menarik ! Sesuai untuk saya,dan anda semua . Kata-kata yang mempunyai maksud yang sangat mendalam. Yang ramai manusia menganggap ianya perkara remeh temeh.Jom baca !

Mudah-mudahan akhlak di sebalik pakaian lebih indah dari pakaiannya.


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




siapa tak pernah jadi jahat? we all fall short sometime. dan kalau nak cakap tentang baik, what is your definition for that? post pasal islamik kat FB, tapi tak solat, tak baik jugak. jaga solat, tapi mulut mengumpat orang, sebar fitnah, menipu, tak baik jugak. pakai tudung labuh, tapi tak jaga hati, dating berdua pegang tangan, masih tak baik jugak. bagi sedekah ribu-ribu, puasa sunat setiap isnin khamis, tapi baju tak tutup aurat, pun tak baik jugak. siapa yang layak menilai sesiapa kat muka bumi ni? none. dan definition of baik was only mean by one thing ; beriman kepada Allah. patuh pada setiap perintah-Nya dan tinggalkan segala apa yang dilarang-Nya. yeah, none of us adalah manusia yang tak berdosa. tapi itu tak bermakna kita tak boleh buat baik, tak bermakna kita kena terus buat jahat, tak bermakna kita boleh kutuk orang yang nak berubah jadi baik, or kutuk orang yang jahat sekalipun. no we can’t do that. kalau tak boleh cakap benda baik, at least diam. kalau tak dapat nak bantu orang berubah jadi baik, please jangan tarik orang supaya buat benda jahat.
ya we all fall short sometime. but that doesn’t mean kita selamanya berdosa. rahmat Allah tu luas. cari jalan pulang ; balik pada Quran dan Sunnah. jaga solat. jaga hati. jaga hubungan dengan Tuhan. niat yang baik-baik untuk diri sendiri. doakan kebaikan orang. jangan prasangka. i am not good either. tapi tak salah kan nak berubah? :) every second is the chance to change. don’t waste it people. be good to Allah, insyaAllah DIA akan baikkan kita.

Muhasabah Diri.


Assalamualaikum. 

diri ini sering melakukan kesilapan. Aasiff jiddan kepada semua andai diri ini pernah membuat awak terluka. sungguh saya tak sengaja. tegurlah saya jika saya melakukan kesilapan. jangan hanya biarkan kesilapan itu. saya hanya insan biasa yang melakukan kesalahan. rasa macam berdosa sangat. ampuni aku Ya Allah . T_T .

sebagai seorang yang agak nakal saya ni cakap main redah je. mungkin ada dikalangan sahabat yang berkecil hati dengan saya kan? kawan saya selalu jugak kata saya agak kejam,tapi saya tau kata-kata itu gurauan semata-mata. ataupun memang dia nasihatkan saya dalam gurauan itu. saya suka kawan saya yang tegur saya depan-depan walaupun masa tu rasa nak nangis dengan tiba-tiba. tetapi Allah hantar dia untuk tegur kesalahan saya :'). kadang-kadang tersentap juga bila dia berkata macam tu. bila fikir duapulohkali balik saya pun pernah buat orang lain sentap juga. ni kira macam 1-1 lahkan? *ingat ni bola sepak apa -.-'. sungguh saya bukanlah sengaja kalau terkasar bicaranya. kalau orang tua-tua dengar mulut comel ni berceloteh dah lama kena cili mulut ni. hmm,saya sedang mencuba menjadi muslimah yang baik,ala-ala gadis melayu gituu.*muntah darah.  heh. eh tak ini betul bukan main-main. *kelip-kelip mata. 

ya,perubahan yang dilakukan sedikit demi sedikit. Istiqamah orang kata. dan,oh ya kata-kata dibawah ni memang membuatkan air mata bergolek dengan sendirinya di atas pipi yang dipenuhi beberapa ketul jerawat. sudi-sudi andainya kalian semua baca,semoga memberi manfaat kepada semua. insyaAllah. 


Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih kuulangi.
Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.
Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.

Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.
Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.


Hasilnya. .


Assalamualaikum ,

akhirnya tamat jua Peperiksaan Percubaan SPM . Malangnya lagi mendukacitakan keputusan trial sangat tersangat tidak memberangsangkan. :'( sobs sobs ... Mungkin sebab aku still main-main,ke hulu ke hilir dengan riang rianya. Tanpa memikirkan sedikit pun tentang peperiksaan yang dah semakin dekat.Huh tak sedar diri betul. Allahu.

tsk tsk wahai adik2 yg membaca jgn contohi diri ini . 
Sepanjang tempoh trial exam memang aku tak pandang sangat dah pesbuk,twitter belog jauh sekali.Study saat akhir memang masa tu berharap otak akan bertukar macam otak Jimmy Neutron -.-". Soalan bocor pun kalau dah aku orang terakhir tau nak baca apanya. Masa tu baca semua keluar balik. Bagai mencurah air ke daun keladi.

Last-last dah dapat kertas,baca bismillah,ayat kursi,ayat penerang hati bantai je jawab semua. Dah cikgu pun cakap "Kalau awak dah taktau sangat,awak jawab je semua.Jangan tinggalkan kosong". Pasrah betul dengan keputusan yang dapat. Mungkin ni adalah pengajarannya. Manusia dah jatuh di timpa tangga baru sedarkan ? :'3

Tapi sentiasa ingat kata-kata cikgu : "Biar awak nangis hari ni,jangan awak nangis masa hari awak dapat result sebenar awak". :').

Sekarang dah taknak fikir dah semua tu. Kena terus bergerak maju kehadapan. Dah takda masa berfoya-foya. Dah takda masa baca novel cinta tacing-tacing. Dah takda masa nak tidur dalam kelas. Dah takda masa untuk semua perkara yang melalaikan diri. Kena lawan sifat-sifat mazmumah dalam diri.

Istiqamah yang paling pentingkan? Usaha dengan doa, Masanya akan tiba, Dengan restu Illahi, Kelak pasti akan ditemui ~"

Sekarang masanya memperbanyakkan solat,doa dan usaha yang berlipat-lipat kali ganda.InsyaAllah hasilnya baik nanti.

Mak dengan Abah cakap:
"Belajarlah sungguh-sungguh untuk masa akan datang.Jangan tinggal solat,belajar rajin-rajin.Mak dengan Abah cuma minta keputusan yang cemerlang je."





◕ The Muslim Moments . . .


Assalamualaikum dan Salam Ramadan :)























Dah lama tak menulis rasa rindu pulak. Hari ni dah masuk 22 hari kita menunaikan ibadah puasa kan? Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Sebenarnya,ada banyak sangat benda yang nak diluahkan di blog tapi entahlah,tak sempat nak tulis. 

*berbalik pada topik di atas . 
Sedar tak kita semua yang semua apa yang tertulis dalam gambar di atas terjadi kat kita tanpa kita sedar. Sesuatu yang berlaku disekeliling kita.  Bila dah baca,barulah rasa "eh aku pernah jadi kat aku lah." kan ? haha. Same goes to me.

 Bersyukur sangat dilahirkan sebagai seorang Islam. Bila teringat apa yang jadi macam dalam gambar-gambar kat atas tu buat kita tersengih sorang-sorang kan? Hihi


Sempena hari-hari terakhir ramadan ni :'). Disini,saya Nur Aqilah Bt Mohamad ingin meminta maaf kepada anda semua andai ada terbuat salah,marah dan sebagainya. Sama-samalah kita meningkatkan amal ibadah mengejar malam lailatulqadar. Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sama-samalah kita perbaiki diri menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang . 

Rajin-rajin followlah sayang di twitter ,https://twitter.com/CikQ_11  nanti kita tweet-tweet okay ? ;) 

◕ Semakin Hampir :)


Assalamualaikum  .


Alhamdulilah hari ni dah masuk 13 Julai 2012 bersamaan dengan 23 Syaaban 1433 . Betulkan? Kalau salah korang bagitau ye,hehe. 

Few~ dah masuk bulan 7 ni,blog ni dibiarkan terabai macam tu je. Macam-macam aktiviti berjalan bulan 7 ni. Bermula 1-13 Julai tak henti-henti program untuk pelajar tingkatan 5 macam aku ni. Heh pelajar peperiksaanlah katanya . 

Kalau takda apa insyaAllah minggu depan dah masuk ramadan . Mak Bedah,Pak Meon dan rakan taulan sedang sibuk menempah tapak untuk bazar ramadan. Kita yang tukang beli makanan ni pulak sibuk untuk 'warming up ramadan' . Ni Saponah,Sapeah dan rakan-rakan dan ganti puasa belum ? Oh tidak dilupakan kaum-kaum adam sekali . Kalau belum ganti marilah kita pakat beramai-ramai puasa bersama yek . 


Rasa eksaitet makin membuak-buak pulak bila dah dekat bulan Ramadan ni. Bukan nak raya pakai liplapliplap macam cik siti wan kuncup,cuma 'feel' bulan Ramadan ni lain macam sikit. :')

Spm pun tinggal seratusempatbelas hari je lagi.Orang lain kemain laju  dah mula bukak langkah beribu.Aku ni,jangankan langkah seribu langkah 000.000001 pun belum lagi.Jangankan nak study kerja sekolah pun belum tentu berusik.(Bukan aku taknak bukak buku,cuma mata aku lebih tertarik pada cerita korea.Lalalala)

Sekarang dah tetapkan niat nak perbetulkan apa yang tak betul lagi.Ikhlaskan niat,bersihkan hati,sucikan diri,dekatkan diri dengan Allah,dekatkan diri dengan pelajaran.Jaga masa daripada tengok cerita korea yang ada pakwehensemmacamdalamdramatu,kena buat taktahu je.Taknak dah dengar gosip-gosip hangit.Kena jauhkan diri dari tukang gosip.:D

Dan yang paling penting nak jaga "hati" ni dengan hati-hati.Setan tu ada 1022993873479280918 cara nak sesatkan kita anak cucu Adam ni. 

Semoga segalanya berjalan lancar. Kena kuatkan semangat nak jadi budak baik sampai syurga."Kalau" boleh nak tinggalkan Running Man serta drama-drama korea.Nak sibukkan diri dengan pelajaran,belajar addmath,fizik,kimia,akaun sampai 9872281600 kali sampai dapat A+ insyaAllah. 

Sampai disini je coretan hari ini. Maaf andai ada yang terasa.Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri ni (insan yang lemah lagi membuat silap).

Kata-kata hikmah hati ini ialah . : "Bila kita memahami makna kehidupan dan mengapa kita diciptakan, maka kita akan sukar untuk berdukacita kerana dalam semua kesukaran ada hikmah-Nya."-Hilal Asyraf . 


chibinia:

may we reach the month of Ramadhan… 









◕ Sebelum masanya . . . :')


Assalamualaikum :)


*Sesungguhnya Dari Allah Kita Datang dan KepadaNya Kita Kembali

◕Wordless Wednesday : Sesuatu Yang Comel dan Ohsem :)


Silalah "enjoy" dengan gambar-gambar awesome ni . heeeee 

Apabila hujan itu reda , kita temui pelangi sebenar . Yang sebenarnya sentiasa ada di hati kita ;)

eheeeee comel je baby tu.


nak ! 


\
Wahhh ohsem !



hmm sedapnya . 


okay dah . babai~

ohh meh sini tolong klik sini 





◕ Wordless Wednesday : Dear Bestie :)


I hope you like this awesome picture . Hewhew . 


Tolong klik ini ya ? :3 

◕ Kerana Internet -.


Saat itu bila kita kena buat kerja sekolah yang akan membuat kita bosan . Kita akan jadi macam ini .


Selepas beberapa minit tenung buku tu sampai nak tmbus ke meja sambil pusing2 pensel kat tangan . Lalu berjalan perlahan-lahan bukak laptop senyap-senyap tak bagi mak perasan . 

\

Ohhhh janganlah begini . SPM semakin dekat . ulangkaji tak lagi . :') . *muhasabah diri

◕ Perempuan itu . . .

Assalamualaikum 



Macam biasa hobi aku jenjalan kat tumblr dakwah baca post-post islamik . Kadang-kadang terasa habis sampai nangis dalam tak sedar. Hari tu masa aku jenjalan dekat tumblr jumpa pulak post ni. 

PEREMPUAN ITU..
 PEREMPUAN ITU YANG KAU LIHAT SEDANG TERSENYUM GEMBIRA DI SAMPING KAWANNYA,
 PEREMPUAN ITU YG SENTIASA MJAGA MARUAH KELUARGANYA, 
 PEREMPUAN ITU YG TIDAK PERNAH KELUAR DENGAN LELAKI BUKAN MAHRAMNYA,
 PEREMPUAN ITU YG TIDAK PERNAH KENAL ERTI CINTA YG BUKAN HALAL BAGINYA,
 PEREMPUAN ITU YG SENTIASA MENANGIS MENGENANGKAN DOSA2 NYA..
TETAPI DISEBALIK PEREMPUAN ITU..HANYA DIA DAN TUHAN SAHAJA YANG TAHU MENGAPA DIA BERPERWATAKAN SEBEGITU :)

Ya memang terkena kat batang hidung sendirilah kan. Betullah tu hanya diri sendiri dan Allah je yang tau kenapa perwatakkannya sebegitu rupa. :')

◕ Aiskrim Malaysia

Assalamualaikum 


Hari tu lepas makan aiskrim 20sen atau lebih dikenali dengan nama aiskrim Malaysia tiba-tiba rasa nak buat entry pasal aiskrim tu . Korang tau tak aiskrim Malaysia ni bentuknya macam mana,rasa macam mana ? Alah yang dalam plastik simpul kat atas tu, yang banyak-banyak perisa tu . (Milo.Asam Boi.Mangga.Anggur.Asam Putih.*banyak lagilah)*Tapi aku tak jumpa lagi perisa kopi,teh'o,dan jugak teh susu. :p Hah mana yang taktahu tu,err aku pun taktahu macam mana korang taktahu mungkin korang membesar di Las Vegas agaknya hahha . Meh sini aku tunjuk gambarnya . 


Taraaaaaa



yang ni tak berapa nak feel sgat bila makan.sebab buat dari kilang . Haha -.-"

\\
yg ni homemade
Haaa yg ni lah selalu makan balik sekolah masa kecik2 .
sekarang pun makan lagi . 
maknanya aku kecik lagi huahuahua .

Aiskrim ni sebenarnya boleh je buat sendiri kat rumah . Bancuh air milo sedap2 lagi sedap dari mamak buat letak dalam plastik aiskrim tu,ikat simpan dalam peti sejuk . Lagi jimat kan . Tapi malangnya kita lebih suka membeli daripada membuat . dengan alasan turun-temurun "alah 20 sen je kot." . Wahahha aku lah tu . Budak paling pemalas sekali. 

Tapikan walaupun  aiskrim ni murah tapi banyak sangat kenangan. Nak-nak masa zaman-zaman jahiliyah dulu. Masa tu bila dapat je duit belanja dari mak ,awal-awal dah tanam azam nak beli aiskrim kat kedai sebelah sekolah masa balik. Walhal masa balik nanti akan paksa abah belanja aiskrim tu dengan alasan duit belanja dah habis. Fewwwww teruk betul budak ni . Aiskrim ni jugaklah cekedis paling ohsem bila masa lepak dengan kawan-kawan. Masa tu rasa dunia tu indah sangat . yelah dengan nyonyot aiskrim sambil gelak tawa. aahhhhh rasa nak jadi budak-budak lagi . 

Dunia makin maju,orang pun dah tak pandang dah aiskrim 20sen ni kecuali budak kampung macam aku ni . Tak kesahlah yang penting duit aku jimat,sedap pun sedap haha . 
Orang sekarang ni lebih suka aiskrim yang macam ini :


huaaaaa febret kot :P *kantoi makan jgak aiskrim mahal haha


hmmm nampak sedap . *drooling :/

Heh itu aje . bebaiii :)








◕ Lori milo dan zaman sekolah rendah .

Assalamualaikum 




Masa sekolah rendah dulu kehadiran lori milolah yang paling ditunggu-tunggu oleh budak-budak sekolah termasuklah aku. Kalau dapat minum air milo dalam cawan kecik tu pehhhh nikmat kot . Walaupun kecik tapi rasa dia sedap . *drooling ._. / Yelah tak macam air milo yang kita buat kat rumah mahupun yang di order di kedai mamak berhampiran . 

Masa zaman hingusan aku dulu bila cikgu cakap yang hari ni ada lori milo datang akulah antara budak yang paling eksaitet beria :P . Siap sedia rancangan jahat nak beratur dua kali kahkahkah .Kita kan kena turun untuk pergi kat lori tu mengikut kelas kan ? sampai cikgu kat depan ngajar aku kat belakang hilang fokus sebab giliran kelas aku tak sampai-sampai lagi . Haha teruknya aku . 

Lepas tu bila pengawas dah panggil turun bawah terus tinggalkan semua barang atas meja dan beratur cepat-cepat . Kalau ada yang lembab macam kura-kura, terhegeh-hegeh dengan lenggang mak temah nak beratur dekat situ jugak kena sound . Wakaka terserlah kejantanan aku disitu . *orang nak cepat-cepat minum milo dia terhegeh-hegeh sape tak baran woi~

okay bila dah duduk depan lori tu berharap yang pakcik lori milo tu akan tuang air milo tu untuk aku bebanyak . Tapi hampa sikit jugak . Dengan senyuman nakal di muka sambil angkat kening dengan kawan sebelah tibalah misi menyelit kat kelas orang . Hahaha aku dah biasa dah buat kerja tak bertauliah ni . Sampai ada orang tegur "Eh kelas kau bukan dah dapat dulu ke tadi ? Cikgu tengok dia ni tak aci ." . Lantas aku membuat muka tak siap dan  balas "Yang kau sibuk pehal? (buat muka) Aci kat rumah dialah. aku tak dapat minum lagi lah aku turun lambat. "  Oh sangat tak munasabah alasan aku . -.-"


Tu jelah cerita aku dengan lori milo masa zaman hingusan dulu . Heh tak best sangat sebab tak buat extrajahat wakakka . Dan persoalan yang tak pernah berjawab dari dulu ialah "Kenapa sekolah menengah lori milo tak datang eh?  ___________________________________

◕ Allah knows when . . . .



Allah knows

  • when you do something for someone and they’re not grateful
  • when you get up to pray in the early hours of the morning while the rest of the world is asleep
  • when you hold your tongue instead of being rude or disrespectful
  • when you don’t argue with your parents even though you know you’re right
  • when you do the right thing when no-ones watching
  • when you make duaa for your enemies instead of hurting them with bad words
  • when you do the smallest of smallest of good deeds, so small even you’ve forgotten about it.. allah knows.
and whoever does an atom’s weight of good will see it(qur’aan 99:7)

◕ Aku kira ...


"belum pernah saya berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit daripada jiwa saya sendiri, yang kadang-kadang membantu saya dan kadang-kadang menentang saya.”
- imam al-ghazali-


 

"aku kira, aku di atas jalan dakwah.
aku kira, aku sudah di atas landasan sama yang dilalui nabi dan sahabat.
aku kira, inilah yang akan aku sembahkan di perhitungan kelak.
aku kira, aku yang sama-sama menjulang panji islam itu.
aku kira, aku sudah berentap menegakkan islam di watan.
aku kira, aku sudah bersaksi.
aku kira, akulah daie akulah penyeru.
malangnya aku penyeru yang bisu; seperti lampu yang tidak bernyala."

muharikah.com 

◕ Perempuan suka sesuatu yang comel macam ini ........


Korang mesti suka tengok gambar-gambar ni . Hehehe :3







Comelkan ><

◕ Jom Tonton 30 Minit Ustaz Don !

Tajuk hari ni ialah : 

Syarat Sah Solat .
Menutup Aurat (Bahagian 2)