aku nak buku tu !
sinopsis
Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.
Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia….tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.
Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”
Irfan Ikmal – “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya…namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”
Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku…dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”
Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.
Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?
“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina
Ohh manusia !
Selamat malam semua . Sebelum aku melangkah ke bilik tidur aku nak buat entry mengenai manusia kini . Hari ni jela contohnya sudah terlebih memadai untuk aku . . Pelbagai persoalan dalam kepala aku ni . Kenapalah manusia kini lupa yang mereka tu tidak sempurna ? Kenapa ramai yang terlalu membanggakan kecantikkan yang di anugerahkan Allah ? (maksud kepada yang memaki hamun manusia yang tidak sempurna *cacat/tidak cantik) . Kenapa ? Kenapa ?
Lepas tulah , yang aku lihat manusia sekarang , yang haram dihalalkan . Macam-macam lagilah jadi . Gambar-gambar yang (bercium) sudah menjadi trend para remaja untuk letak dalam facebook masing-masing . Mereka seolah-olah bangga yang mereka buat perkara tu . Mungkin bagi kawasan kampung macam aku perkara ni belum jadi teruk lagi . Tapi tetap juga ada yang buat .
Akhir, aku nak mintak maaf sebab entry ni aku buat hanya untuk melontarkan pendapat aku sahaja , Tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia . Kalau marah dengan entry ni sila beritahu . Bye .
Sabda Rasulullah saw,
إذا ظهر الزنا والربى فى قرية فقد أحلوا فى أنفسهم عذاب الله
Maksudnya : Jika zina dan riba sudah muncul di suatu qaryah bererti mereka sudah menghalalkan diri mereka untuk diseksa oleh Allah SWT.
Aku DI MASA HADAPAN .
Hahahha . Aku bukan apa . Yelahh contoh sekarang pukul 6 tapi aku dah pukul 6.30 .
Haaaa aku dah tau apa yang akan berlaku pada pukul 6.30 korang tau ? Taktau .
Hehehehhee .
. The end .
p/s ; Haaaa ada orang nak belanja kek ni tak ? Untuk juadah berbuka puasa
contest gambar awesome (!)
okay ceritanya kenapa aku pilih gambar ni untuk contest ni adalah kerana . Gambar yang kedua tu aku pakai spec abah aku . Teheee . Jenama apebenda aku tak amek tau yang aku tau aku telah berjaya merembat 5 minit dan photoshoot di dalam bilik . Kahkahkahkah . Yelah aku memang salah ambil tak bagitau . Tulah hasilnya gambar aku poyo dan gedik . Padan muka aku . Haaaa nampak gelang biru tu ? Tu gelang Super Junior . Kau ade ? (Ehh berlagak pulak mak jemah ni )
Seterusnya , gambar pertama . Ehh terbalik pulakkan ? Bhaha . Gambar pertama tu memang GEDIK . Okay aku mengaku bajet guud-guud je kan ? Whatever. Nampak tak bende alah warna hijau tu ? Haaa tu bantal bentuk bintang . Aku dapat bantal tu tanda penghargaan jadi Doktor kawan aku . Kawan aku dengan boyfee dia bagi . Aku nak tolong dia banyak-banyak boleh dapat gift lagi . *(jahat je aku )
Korang jom join contest Rauda dekat sini : >lompat sini<
err SKANDAL SONGSANG ?
Mintak-mintak dijauhkanlah dari perkara macam ni . Kita yang masih normal ni jadikan ini sebagai pengajaran k ? Maaf aku buat entry ni untuk mengingatkan diri aku bukan untuk tujuan lain ,
Bye ,