Ohh manusia !

Assalamualaikum .


Selamat malam semua . Sebelum aku melangkah ke bilik tidur aku nak buat entry mengenai manusia kini . Hari ni jela contohnya sudah terlebih memadai untuk aku . :face63: . Pelbagai persoalan dalam kepala aku ni . Kenapalah manusia kini lupa yang mereka tu tidak sempurna ? Kenapa ramai yang terlalu membanggakan kecantikkan yang di anugerahkan Allah ? (maksud kepada yang memaki hamun manusia yang tidak sempurna *cacat/tidak cantik) . Kenapa ? Kenapa ?

:face59: aku antara orang yang tergolong dalam golongan yang selalu diejek . Yelahh disebabkan kegemukkan aku . Orang yang cantik lagi kurus memanggil aku :30: Tidak sedarkah mereka bahawa aku ni ciptaan Allah jugak . Apa hina sangat ke orang macam aku ni ? (e.n.d aku merepek :face74:)

Lepas tulah , yang aku lihat manusia sekarang , yang haram dihalalkan . Macam-macam lagilah jadi . Gambar-gambar yang (bercium) sudah menjadi trend para remaja untuk letak dalam facebook masing-masing . Mereka seolah-olah bangga yang mereka buat perkara tu . Mungkin bagi kawasan kampung macam aku perkara ni belum jadi teruk lagi . Tapi tetap juga ada yang buat .

Akhir, aku nak mintak maaf sebab entry ni aku buat hanya untuk melontarkan pendapat aku sahaja ,
:face36: Tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia . Kalau marah dengan entry ni sila beritahu . Bye .

Sabda Rasulullah saw,

إذا ظهر الزنا والربى فى قرية فقد أحلوا فى أنفسهم عذاب الله

Maksudnya : Jika zina dan riba sudah muncul di suatu qaryah bererti mereka sudah menghalalkan diri mereka untuk diseksa oleh Allah SWT.

0 ► kaki komen: