Aww (!) Seksinya AWAK !

Assalamualaikum . 


Rindunya aku dengan blog ni.Dua hari takdpat online setelah berbuka dalam gelap.Hishhh memang aku rasa kebosanan yang teramat-amat.Sekarang ni kerap hujankan.Takpalah hujan itu satu rahmat.Ohh ya, di petang yang suam-suam kuku ni aku terajin nak buat post setelah mendapat kembali online.Tutup mata,bukak mata dah tinggal beberapa hari je lagi kita semua nak sambut syawal.Lagu raya rancak dimainkan disana sini.Hoyeahhh padahal daripada 2,3 ramadhan orang dah layan lagu raya. 

Haaa pasti ada yang dah sibuk dok ajak 'parents' pergi salon nak buat rambut raya.Mana yang nak warnakan rambut,nak botakkan kepala nak simpul-simpul rambut.Entah aku tak amik tau semua tu,yang aku sibukkan tudung aku je.Sejak dua menjak ni makin ramai pulak yang aku tengok sibuk tukar profile picture facebook gambar seksi-seksi.Malah, ada yang sampai hanya tutup bahagian penting sahaja!Ya ALLAH, apalah nak jadi remaja sekarang.


carian google

Hmmmm.Wahai wanita-wanita sekalian berubahlah.Ya, aku rasa aku memang tak layak nak nasihatkan orang tapi tak salahkan kalau aku menegur disamping mengingati diri aku sekali. Toksah kerr tambah-tambah berat bahagian kiri bahu korang tu.Korang lupa malaikat yang akan mencatat kebaikan korang ker?Korang lupa yang ALLAH tu maha melihat?Ada orang pernah cakap kat aku walaupun syaitan dah kena ikat tapi manusia taknak langsung mengambil peluang ni untuk berubah/
“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.”

Imam Ibn Kathir berkata, “Allah s.w.t. memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudung kepala…”

0 ► kaki komen: