13/10/11
Esok bermulalah peperangan di antara pelajar-pelajar di medan peperangan . Aku antara pelajar yang akan berperang dengan kertas soalan esok . Seperti biasa kertas bahasa melayu tetap kertas pertama yang akan dijawab oleh para pelajar , Hmm, aku takut boleh tak ? Err aku bukanlah pengarang karangan yang bagus macam korang semua . .
Aku harus bertapa malam ni supaya aku tak jadi macam gambar kat atas . Hooiii mati aku kalau tiba-tiba takda idea . Aku dahlah nakal kelas bm,cikgu suruh buat karangan aku buat benda lain . HIshhh,menyesal tak berguna dah . Tu lah mak hantar pergi sekolah belajar aku pulak terpesong jauh. Bukan belajar sibuk berborak . Syaitan adalah punca utama ! Padan muka aku,nampak sangat iman tak kuat . Ni lah manusia (aku), salah diri sendiri tapi pergi babitkan orang lain . Tulah cikgu cakap taknak dengar . Beras dah jadi nasi baru aku nak menyesal . Jadi contohilah aku . Hehehhe . Jangan-jangan,haru korang kalau contohi aku .
Jom face the book ! Ehhh, buka facebook ya kawan-kawan . Lainlah kalau soalan kertas bahasa melayu
- Berapa ramai kawan anda yang hotstuff di facebook ?
- Berapa banyak gambar yang anda stalker semalam ?
- Siapakah diantar rakan-rakan facebook anda yang mempunyai akaun palsu ?
Okaylah itu sahajalah . Errr maaf aku tak sempat nak lawat blog-blog korang lagi . Kalau ada apa-apa sila tinggalkan di shoutbox ya . Kalau aku rajin aku buat tutorial lagi . Tapi tu pun kalau ada permintaanlah . Babai semua .
Tolong doakan aku ya kawan-kawan . Aku akan buat yang terbaik .
0 ► kaki komen:
Post a Comment