siang malam siang malam akhirnya sampai jugak hari terakhir bagi tahun 2011 . tiba-tiba teringat 1 Januari 2011
Selamat tinggal 2011 . Banyak melambak-lambak sangat benda yang aku tak jangka dan sangka jadi tahun ni . Sejak 1 Januari aku pernah cakap kat kawan-kawan yang tahun ni tahun yang sangat pelik
Antara perkara sedih yang aku lalui tahun ni ialah
- Kena marah dengan pengetua sebab tukar kelas . *sedih okay kena maki hamun .
- Makcik aku iaitu adik abah yang terakhir meninggal dunia .
- Mak kepada kawan aku pun meninggal dunia juga selang beberapa hari .
- Result exam merosot . wuuuuuuu patah seribu hatiku .
- Kucing aku hilang tanpa di kesan , mungkin mogok kerana tidak di manjakan hari itu .
Perkara gembira banyak sangat sampai tak terkata,kang nak list kan takut sampai besok pun tak habis lagi panjangnyaa . Sampai ke saat ni aku macam tak caya dah akhir tahun . *sila lempang pipi aku lelaju sekarang
.
Semua orang sedang seronok menunggu bunga api dekat dataran bukit sana sini aku pulak beronok-ronok dengan keluarga tercentaa dekat rumah layan cerita-cerita yang di siarkan di tv3,astro macam-macam adaaaa
. Baik duduk rumah online sambil baca status kawan-kawan yang di updated setiap saat dan masa tanpa henti lagi sepantas kilat . *termasuklah aku mesti orang dan buusan lagi muak asik nama aku je yang hupdate status . hahha .
Okaylah cukuplah aku merapu sampai di sini , di kesempatan ini aku nak mintak maaf andai aku buat silap,terlambat follow atau apa-apa pun / Semoga kita semua menjadi insan yang lebih comel kacak cantik dan yang paling penting jadi insan soleh dan solehah okay ?
Aku takda azam pun tahun baru ni yang tahun ni punya pun tak tercapai lagi . Hahahha .
Tapi doakan aku buat yang terbaik untuk SPM, 9A+ insyaAllah . 
HAPPY NEW YEAR ! 