Assalamualaikum .
Selamat tengah malam semua . Taip entry lelaju sebab mak kata 5 minit je lepas tu off . Hiihihihi "mak aku jadi queen control malam ni." . Haaa tadikan aku pergi jejalan kat tumblr lepas tu jumpa kata-kata dari seorang muallaf ni . Sangatlah mendalam kata-kata dia . Kalau baca memang rasa malu sebab dia seorang muallaf berkata begitu ,sedangkan orang Islam sendiri takda yang berpendapat sebegitu . Maaf,mungkin ada tapi tak ramai .
Korang baca sampai habis tau .
Wanita dan tudung .
Tak sampai seru lagilah nak bertudung, takut nanti pakai buang” Apakah ajal itu menunggu sehingga kau bersedia memakai tudung? Apakah kau tahu bila seru datang, kau ada kesempatan untuk memakainya? Aku tak faham.— aku muallaf
Kenyataan manusia kini .
Kita mestilah begitu, begini katanya bersemangat dan aku kagum dengan kelantangannya menyuarakan kebenaran tetapi kenapa hanya lantang itu berbunyi ketika itu sahaja tetapi tidak sama-sama melantangkan suara ketika takbirratulihram pada subuh hari, aku keliru.— aku muallaf
Muslim yang kian jahil .
aku cuba memahami mereka dengan nilai Islam yang aku nampak pada mata kasar ini, tapi malangnya aku tidak jumpa melainkan pakaian mereka sahaja yang mengikuti sunnah, aku juga sedih bila melihat mereka begitu, aku mengaku aku tidaklah layak untuk menegur, tapi aku usahakan juga untuk menegur dengan sebaik mungkin, tapi mereka tidak dapat memahami apa yang aku maksudkan, mungkin juga aku yang salah dam menegur. tapi satu sahaja yang aku ingin luahkan pada Tuhanku, terima kasih kerana memberi aku izin mengenali Islam, biarpun bukan melalui Muslim, saudaraku.— aku muallaf
Yang baik datangnya dari Allah swt dan yang kurangnya dari aku penulis entry ini . Maaf andai ada kata-kata yang tersalah , Silalah tegur . Aku hanya manusia yang khilaf dibumi Allah ini .
0 ► kaki komen:
Post a Comment