Assalamualaikum
Mendungnya cuaca,mendung lagi dalam hati ini . Hari ni nak nak citer pasal status facebook . Hmm,aku suka buat status yang berunsurkan keagamaan . Bukan sebab nak bajet alim atau bajet muslimah . Tapi aku cuma nak kongsikan apa yang aku baca pada kawan-kawan aku je . Tapi orang dengan tanpa segan silu mengata aku lebih-lebih . Pilunya hati . Kenapa salah ke nak buat status macam tu ? Apa orang yang alim je ke yang boleh buat status ilmu Allah ni ? Orang biasa macam aku tak boleh ? Macam tu ?
Peliklah dunia sekarang ni . Orang nak berubah jadi baik bukan nak di sokongnya lagi di kutuk-kutuk nya . Lagi di perli-perli . . Lantas setelah muak,mual dan muntah bilaa di ejek sebegitu rupa aku pun dengan pantas lagi tangkas bak belangkas buat entry ni . Asal buat status yang berunsurkan agama lagi untuk kebaikan bersama mesti orang akan cakap macam ni .
"Fuyoo awekks dah taubatlah sekarang . Dah berdakwah pulak macam ustazah pilihan gitu . Alhamdulilah dah jumpa hidayah kau kan,berdakwah pulak sekarang ni . Tudung baik punya labuh baik kau pakai telekung je . dan blablablabla ."
Kan ? Korang pernah di situasi begini ? Memang lah pada orang lain aku ni siapa je nak bagi nasihat tapi niat aku cuma nak mengingatkan diri sendiri disamping mengingati kawan-kawan aku . Itu pun ramai yang dengki . Hadehh inilah manusia . Pandai mengata lupa dosa . *Astargfirullahalazim . Maaf kalau ada yang terasa dengan post ni . Aku selalu berpegang dengan kata-kata kat bawah ni .
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan — Imam Hasan al-Basri
0 ► kaki komen:
Post a Comment