#Hidup Jangan Kedekut Untuk .


Hurmm . Hari ni kan . Exam akaun mak aihhhh susah . Aku tak berharap apa-apa untuk subjek ni selain doa Allah . Udahlah perkara dah lepas nak menyesal memang tak berguna dah sekarang . Haru Jumaat yang tengah hujan lagi sejuk ni aku nak kongsikan sesuatu untuk korang . Nak post malam nanti takut tak sempat . Jom mula . Kita semua jangan kedekut untuk . . . . 

Menceriakan Wajah 

Rasulullah sentiasa berwajah ceria, beliau pernah besabda, “Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesedihan hati. Hiburlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu, sebab bila hati terus dipaksa memikul beban-beban yang berat, ia akan menjadi buta”. ( Abu Dawud).

Tersenyum Manis

Rasulullah sentiasa tersenyum manis dan ini sangat menyenangkan sesiapa yang melihatnya. Senyuman adalah sedekah, senyuman yang ikhlas memiliki daya sentuhan yang dalam ke lubuk hati sesiapapun, senyum adalah nikmat Allah yang besar bagi manusia yang mencintai kebaikan.

Berkata Sopan Dan Lembut 


Pilihlah kata-kata yang paling sopan dan sampaikan dengan cara yang lembut, kerana sikap seperti itulah yang dilakukan Rasulullah, ketika berbincang dengan para sahabatnya, sehingga wujud suasana yang menyenangkan.


Menegur Dan Memberi Salam



 Selalu menjadi orang yang memulakan dalam menyapa dan mengucapkan salam.
Jabatlah tangan kawan kita penuh dengan kehangatan dan lepaskanlah tangan sesudah dilepaskan oleh orang lain, kerana demikianlah yang dicontohkan Rasulullah.
Jangan lupa untuk menjawab salam dengan sempurna dan penuh perhatian.

Sopan Dan Hormat Orang Lain
Rasulullah jika berbincang dengan para sahabatnya selalu menghormati dengan cara memberi perhatian, ikut tersenyum jika sahabatnya melawak, dan ikut merasa takjub ketika sahabatnya bercerita perkara yang mempesona, sehingga setiap orang merasa dirinya sangat diutamakan oleh Rasulullah.


Menyenangkan Perasaan Orang Lain



Pujilah dengan ikhlas dan jujur terhadap sesuatu yang layak dipuji sambil kita mengaitkan dengan kebesaran Allah sehingga yang dipuji teringat akan asal nikmat yang diraihnya, menyatakan terima kasih dan do’a.
Hal ini akan membuatkannya merasa bahagia. Dan ingat jangan pernah kedekut  untuk berterima kasih



Penampilan Yang Menyenangkan.
Pakailah pakaian yang kemas, sesuai dan wangi. Menggunakan pakaian yang baik bukanlah tanda kesombongan,
Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, dan ini mestilah dalam batas yang sesuai syariat yang disukai Allah.

Memaafkan kesalahan.
Jadilah pemaaf yang lapang dan ikhlas terhadap kekurangan dan kesalahan orang lain kepada kita, kerana ia akan membuatkan kita bahagia dan senang, walau sesiapapun yang pernah melakukan kekhilafan terhadap kita..
Memberi Hadiah.
Saling memberi dan berkirim hadiah akan menumbuhkan kasih sayang. Jangan pernah takut miskin dengan memberikan sesuatu, kerana Allah yang Maha Kaya telah menjanjikan ganjaran dan jaminan tidak akan miskin bagi ahli sedekah yang ikhlas.
 Menolong dengan Sedaya- Upaya.
Bersegeralah menolong dengan segala kemampuan, harta, tenaga, waktu atau setidak-tidaknya perhatian yang ikhlas, walau hanya mendengar keluh kesahnya.
Apabila tidak mampu, maka do’akanlah dia, dan percayalah bahawa kebaikan sekecil apa-apa pun akan diperhatikan dan dibalas dengan sempurna oleh Allah.
Sumbangankan Ilmu dan Pengalaman.
Jangan kedekut untuk mengajarkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki, kita harus berkongsi  ilmu dan pengalaman yang ada pada diri kita dapat menjadi jalan bagi kejayaan orang lain.
InsyaAllah jika hidup kita penuh manfaat dengan ikhlas maka kebahagiaan  akan terasa nikmat, kerana tidak mengharapkan sesuatu dari orang melainkan  semata-mata kerana Allah SWT.

Keuntungan kita bukanlah diukur dari apa yang kita dapatkan tetapi dari nilai manfaat yang ada dari kehadiran kita. Bukankah sebaik-baik diantara manusia adalah orang yang paling banyak manfaatnya bagi hamba-hamba Allah lainnya?
Terima sih pada AkuIslam sebab share benda ni . Lama dahh nak post tapi tertangguh-tangguh / Manusia beginilah . 



0 ► kaki komen: