entry pendek !
Assalamualaikum ><"
Soffiya , siapa jelah tak tengok cerita ni kan ? Okay masa mula-mula cerita aku tak layan pun sibuk tusyen memang hape pun tak sempat nak tengok kat tv tu . Sejak akkhir-akhir ni jelah aku tengok . Memang syiook teramatlah, memang ishhh . Hari ni lapan belas hari bulan sebelas dua ribu sebelas episod akhir cerita ni . Macam-macam persoalan yang timbul dalam kepala aku ni tauu .
Soffiya akan pilih Ilyas atau Kamal
-> Kalau aku,baik dia pilih Ilyas . Hikkhikk .
style habiss si Ilyas . Awwawww
Haaaa yang ni sinopsis dia :
Ikuti kisah Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.
Nasib buruk terus mengikuti dirinya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahannya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah dia mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?
So, nak mandi siap-siap,buat apa yang patut . Rasa nak call tok imam je suruh azan awal . hikkhokk . Korang jangan sampai tinggal solat pulak tau ? . Tunggu apa yang jadi dalam Soffiya jam 7-8 malam hanya di TV3 ;]
0 ► kaki komen:
Post a Comment