◕ Kisah Nabi Muhammad dan Kucingnya (MUEEZA) . | kucing haiwan yang bersih |


Assalamualaikum :3




Aku suka kucing . Sangat suka . Korang ? Mesti ada yang di antara korang yang takut kucing kan ? Ihikk . Pada aku,kucing haiwan yang sangat manja . Tak percaya ? Percayalah ( ala-ala lagu datuk siti) .  . Kucing ni dia macam kita jugak,nak selalu dibelai dimanja . Alangkah ruginya kamu semua jika takut kepada haiwan bernama kucing ni . <- cehh ayat .  Sebelum makin jauh aku merepek petang-petang ni jom layan 

kisah Nabi Muhammad dan Mueeza (kucingnya) . 


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.


Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong Mueeza dan diriba diatas pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeow ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.




Ohhh ! Uniknya kucing yang diberi nama Mueeza ni kan ? Cuba kalau kucing kita tidur atas baju kita,memang kita akan alihkan dia kan ? Tapi Nabi dia sanggup potong jubah dia .  . 


Nabi juga mengatakan kucing haiwan yang bersih . 

 Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.


Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia?
Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?

Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. 

Jadi janganlah nak mengada sangat kata kucing tu kotor kucing tu itu kucing tu ini . Nabi sendiri yang cakap kucing tu bukan najis . Aku tahu kalau korang tengah makan kat kedai makan ada je yang halau-halau sepak-sepak cakap kucing tu kotor la blablablabla . . . . Selalu sangat aku tengok situasi macam ni depan mata aku . Aku selalu kena marah dengan mak kalau dekat kedai makan sebab aku mesti akan bagi kucing-kucing yang kelaparan kat kedai makan tu makan,hiihi sape suruh kucing tu buat muka comel    , (jangan gelak aku tahu korang pernah buatkan . Hohoho) Kenapa aku sangatlah baik hati kepada haiwan comel tu ? 


Sebab ini :

Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.


Hadis-hadis mengenai kucing . 


Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu dia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. 
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. 
Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan? 
Kabsyah menjawab, “Ya”.
Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah) 
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. 
Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.
Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.
Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni). 


Aku dapat info mengenai kucing ni dari Mr google dan AkuIslam punya blog . Sekian . 

0 ► kaki komen: