◕ Semakin Hampir :)


Assalamualaikum  .


Alhamdulilah hari ni dah masuk 13 Julai 2012 bersamaan dengan 23 Syaaban 1433 . Betulkan? Kalau salah korang bagitau ye,hehe. 

Few~ dah masuk bulan 7 ni,blog ni dibiarkan terabai macam tu je. Macam-macam aktiviti berjalan bulan 7 ni. Bermula 1-13 Julai tak henti-henti program untuk pelajar tingkatan 5 macam aku ni. Heh pelajar peperiksaanlah katanya . 

Kalau takda apa insyaAllah minggu depan dah masuk ramadan . Mak Bedah,Pak Meon dan rakan taulan sedang sibuk menempah tapak untuk bazar ramadan. Kita yang tukang beli makanan ni pulak sibuk untuk 'warming up ramadan' . Ni Saponah,Sapeah dan rakan-rakan dan ganti puasa belum ? Oh tidak dilupakan kaum-kaum adam sekali . Kalau belum ganti marilah kita pakat beramai-ramai puasa bersama yek . 


Rasa eksaitet makin membuak-buak pulak bila dah dekat bulan Ramadan ni. Bukan nak raya pakai liplapliplap macam cik siti wan kuncup,cuma 'feel' bulan Ramadan ni lain macam sikit. :')

Spm pun tinggal seratusempatbelas hari je lagi.Orang lain kemain laju  dah mula bukak langkah beribu.Aku ni,jangankan langkah seribu langkah 000.000001 pun belum lagi.Jangankan nak study kerja sekolah pun belum tentu berusik.(Bukan aku taknak bukak buku,cuma mata aku lebih tertarik pada cerita korea.Lalalala)

Sekarang dah tetapkan niat nak perbetulkan apa yang tak betul lagi.Ikhlaskan niat,bersihkan hati,sucikan diri,dekatkan diri dengan Allah,dekatkan diri dengan pelajaran.Jaga masa daripada tengok cerita korea yang ada pakwehensemmacamdalamdramatu,kena buat taktahu je.Taknak dah dengar gosip-gosip hangit.Kena jauhkan diri dari tukang gosip.:D

Dan yang paling penting nak jaga "hati" ni dengan hati-hati.Setan tu ada 1022993873479280918 cara nak sesatkan kita anak cucu Adam ni. 

Semoga segalanya berjalan lancar. Kena kuatkan semangat nak jadi budak baik sampai syurga."Kalau" boleh nak tinggalkan Running Man serta drama-drama korea.Nak sibukkan diri dengan pelajaran,belajar addmath,fizik,kimia,akaun sampai 9872281600 kali sampai dapat A+ insyaAllah. 

Sampai disini je coretan hari ini. Maaf andai ada yang terasa.Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri ni (insan yang lemah lagi membuat silap).

Kata-kata hikmah hati ini ialah . : "Bila kita memahami makna kehidupan dan mengapa kita diciptakan, maka kita akan sukar untuk berdukacita kerana dalam semua kesukaran ada hikmah-Nya."-Hilal Asyraf . 


chibinia:

may we reach the month of Ramadhan… 









◕ Sebelum masanya . . . :')


Assalamualaikum :)


*Sesungguhnya Dari Allah Kita Datang dan KepadaNya Kita Kembali