◕ Freebies : Background (vintages)


Assalamualaikum . :3

Okay malam ni nak bagi freebies kat korang . Thank you to adik Qay .
Tukar background korang tau . Ihikk .


http://4.bp.blogspot.com/-1ytS_F2e4Ck/Tj3mBoP1-YI/AAAAAAAAAds/Dvfbimrk_FM/s1600/vintage_red.jpg


http://3.bp.blogspot.com/-RVnzSwqy63o/Tj3mAjEdFHI/AAAAAAAAAdk/3OlBk_BtZ6Y/s1600/vintage_green.jpg




http://1.bp.blogspot.com/-Pe75JVVGB8g/Tj3mBDCBrwI/AAAAAAAAAdo/gVIscHHYm0I/s1600/vintage_purple.jpg



http://1.bp.blogspot.com/-6JzG2fTem3E/Tj3mANBzGlI/AAAAAAAAAdg/DhZwPVU_SzY/s1600/vintage_brown.jpg



http://2.bp.blogspot.com/-exZCb7rRBvI/Tj3l_mALBgI/AAAAAAAAAdc/2-vQHc2ki6w/s1600/vintage_blue.jpg



http://4.bp.blogspot.com/-LlDc33fVcSc/Tj3l8TLB13I/AAAAAAAAAdE/xCqg0esGzcU/s1600/vintage_black.jpg


http://2.bp.blogspot.com/-SpGrYpKzB98/Tj3l8zwadGI/AAAAAAAAAdI/dfCpLf9tRoI/s1600/vintage_black_blue.jpg



http://2.bp.blogspot.com/-uV1rAhRlTdc/Tj3l9eq4CSI/AAAAAAAAAdM/MmQB8bWRju4/s1600/vintage_black_brown.jpg


http://3.bp.blogspot.com/-mJgzHJ53eLI/Tj3l-4il5BI/AAAAAAAAAdY/crK5kSO52NE/s1600/vintage_black_red.jpg


http://2.bp.blogspot.com/-Z1hoUYS-hsM/Tj3l-RFtJ0I/AAAAAAAAAdU/eevQwSuHhH8/s1600/vintage_black_purple.jpg


http://1.bp.blogspot.com/-_BDNMX6HMO4/Tj3l9-fqWtI/AAAAAAAAAdQ/ZsoDy9tNVEE/s1600/vintage_black_green.jpg


Suka ? Kalau suka ambil lah . Kalau nak komen,komen je .Kalau taknak suka hati lah asal korang happy . Bubyeee . 









◕ Tutorial : Button Like Dalam Blog .


Assalamualaikum . :3

Nak orang like blog korang ? Jom buat ni .




Dashboard Design Add gadget Html/Javascript

  • Copy code yang aku bagi ni . Paste kan kod ni dalam Html/Javascript .


<center><iframe scrolling="no" frameborder="0" allowtransparency="true" style="border: medium none; overflow: hidden; width: 280px; height: 40px;" src="http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=URL BLOG KORANG&layout=standard&show_faces=false&width=280&action=like&font=arial&colorscheme=light&height=40"></iframe></center>

Gantikan tulisan warna merah tu dengan url blog korang . Siap !

◕ Apa LIKE.LIKE.LIKE | Dapat pahala atau dosa ?


Assalamualaikum :3



Like itu bermakna kita sukalah kan . Kebiasaannya orang akan like wall seseorang tu dikala bosan melanda dirinya (fakta bukan auta).  Aku sangat yakin yang baca blog ni semuanya adalah facebookers kan ? Yelah nama pun aku ping blog dari facebook . Fenomena like-meng'like' ni semakin popular di kalangan ahli facebookers termasuklah yang tukang taip entry ni  . Jadi kaki like ni senang sangat nak dapat dosa  pahala  . Kenapa ? . Banyak sebabnya . 


Dosa free|


Kita akan dapat dosa free bila kita like

  • Gambar seksi . 
  • Status perli/ maki hamun . 
  • Wall to wall tentang keburukan orang lain . 

Pahala free|

Kita akan dapat pahala free bila kita like
  • Bercerita tentang ilmu agama (Bagi muslima)
  • Saling berkongsi ilmu pengetahuan . 
  • Saling bertukar pendapat . 
  • Saling menasihati . 

Jadi jangan main like ikut suka je tau . Hihihi . Aku pun ingatkan diri aku jugak . 

◕ Kisah Nabi Muhammad dan Kucingnya (MUEEZA) . | kucing haiwan yang bersih |


Assalamualaikum :3




Aku suka kucing . Sangat suka . Korang ? Mesti ada yang di antara korang yang takut kucing kan ? Ihikk . Pada aku,kucing haiwan yang sangat manja . Tak percaya ? Percayalah ( ala-ala lagu datuk siti) .  . Kucing ni dia macam kita jugak,nak selalu dibelai dimanja . Alangkah ruginya kamu semua jika takut kepada haiwan bernama kucing ni . <- cehh ayat .  Sebelum makin jauh aku merepek petang-petang ni jom layan 

kisah Nabi Muhammad dan Mueeza (kucingnya) . 


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.


Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong Mueeza dan diriba diatas pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeow ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.




Ohhh ! Uniknya kucing yang diberi nama Mueeza ni kan ? Cuba kalau kucing kita tidur atas baju kita,memang kita akan alihkan dia kan ? Tapi Nabi dia sanggup potong jubah dia .  . 


Nabi juga mengatakan kucing haiwan yang bersih . 

 Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.


Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia?
Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?

Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. 

Jadi janganlah nak mengada sangat kata kucing tu kotor kucing tu itu kucing tu ini . Nabi sendiri yang cakap kucing tu bukan najis . Aku tahu kalau korang tengah makan kat kedai makan ada je yang halau-halau sepak-sepak cakap kucing tu kotor la blablablabla . . . . Selalu sangat aku tengok situasi macam ni depan mata aku . Aku selalu kena marah dengan mak kalau dekat kedai makan sebab aku mesti akan bagi kucing-kucing yang kelaparan kat kedai makan tu makan,hiihi sape suruh kucing tu buat muka comel    , (jangan gelak aku tahu korang pernah buatkan . Hohoho) Kenapa aku sangatlah baik hati kepada haiwan comel tu ? 


Sebab ini :

Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.


Hadis-hadis mengenai kucing . 


Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu dia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. 
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. 
Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan? 
Kabsyah menjawab, “Ya”.
Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah) 
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. 
Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.
Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.
Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni). 


Aku dapat info mengenai kucing ni dari Mr google dan AkuIslam punya blog . Sekian . 

◕ Mari Berhijrah !


Assalamualaikum .


Lebatkan hujan hari ni ? Alhamdulilah,hujan tu rahmat Allah . Hari ni 26.November.2011 M bersamaan 30.Zulhijjah. 1432H . Hari terakhir dalam kalendar Islam dan esok bermulalah tahun baru bagi kita semua,iaitu 1.Muharam.1433H . Cepatnya masa berlalu . Sedar-sedar je esok dah tahun baru . Apa azam tahun baru korang ? Aku macam-macam azam hihihi . Korang jangan lupa tau lepas asar ni dekat-dekat maghrib tu baca doa akhir tahun . Dan lepas maghrib doa awal tahun . Okay ? :3 


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)

 

 baca dari blog orang 



MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

Subhanallah banyak betul peristiwa yang  berlaku kan ? Jadi sudah sedia ke korang semua nak berhijrah ? Sudah bersedia nak tinggalkan perkara-perkara yang dilarang Allah ? Aku ? InsyaAllah aku akan berubah menjadi lebih baik . Sama-samalah kita berhijrah kepada yang lebih baik . 


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”. 




Tutorial : Highlight Tukar Warna .


Salam Satu Bloggers !


Malam yang indah . Kenapa ? Sebab aku asyik tersenyum dari tadi . Ihikk . Jadi nak kongsi gembira dengan korang dengan mengajar korang highlight text dan warna bertukar macam gambar kat bawah ni . 


Jom mula. kacang je benda ni . 

Dashboard  Design  Edit Html  Ctrl+F  a:link

Siapa jumpa dia budak Omey  .  

Paste kod kat atas ni atas kod a:link 

::-moz-selection {
background:#FFFFFF;
text-shadow: 2px 2px 4px #F78181;
}
::selection {
background:#FFFFFF;
text-shadow: 2px 2px 4px #F78181;
}
  1. Warna hijau tu biarkan je .Tukar jikakorang punya main background warna lain selain warna putih . 
  2. Warna pink tukar ikut suka hati . Hehhe . 
  3. Preview dulu ! Kalau takda pape save dengan senang hati . 





◕ KOMIK/WALLPAPER DAKWAH-PART II .


Assalamualaikum :3

Hari ni aku kembali dengan komik/wallpaper dakwah yang lain . Sejak aku nak berubah jadi lebih baik,selalu aku menyibukkan diri meng'usha' komik-komik/wallpaper dakwah ni . Ada jugak yang aku masukkan dalam facebook . Ada je yang terasa tapi nak buat apa lagi,aku cuma nak kongsikan ilmu yang aku belajar . Dapat pahala lagi . Ihikk . 

Nah untuk korang semua .

wallpaper/komik























Cukup tak ? Cukuplah eh ? Hihihi . Lain kali aku bagi lagi . 


◕ Tahukah Anda 10 Tanda Hati Mati ?



Assalamualaikum semua . :) .



Hati ? →  , Kalau kita seorang yang jahat mesti orang kata "Kau ni busuk hati." . Tapi macam mana pulak dengan hati yang mati ? . Scroll kebawah untuk mengetahui 10 tanda hati mati . 


  • Kita mengaku kenal dan cinta Allah, tapi tidak menunaikan hak Nya .
  • Kita mengaku cinta Rasulullah tetapi mengabaikan sunnahNya .
  • Kita membaca Al Qur’an tapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya .
  • Kita memakan nikmat Allah, tapi tidak mensyukuri pemberianNya .
  • Kita mengaku musuh syaitan, tetapi mengikutinya .
  • Kita mengakui nikmat Syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya .
  • Kita mengaku adanya seksa Neraka, tetapi tidak berusaha menjauhinya .
  • Kita mengakui bahawa kematian akan datang pada setiap jiwa, tetapi tidak berusaha mempersiapkan bekalnya .
  • Kita sibuk membuka aib orang lain, tapi tidak pernah ingat akan aib diri sendiri . 
  • Kita menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil hikmah dari kematiannya . 

Jadi ,adakah hati anda sudah mati ataupun masih hidup ? :3