◕ Jom Tonton 30 Minit Ustaz Don !

Tajuk hari ni ialah : 

Syarat Sah Solat .
Menutup Aurat (Bahagian 2) 

◕ Akibat Letak Gambar Di Facebook .



Tolong Sebarkan Ya Kawan-kawan . Mungkin ramai yang tahu dan juga ramai yang taktahu .

 

◕ Adakah ini surat cinta ?


Halooo semua . Okeh hari ni rasa sangat bahagia sebab ? Banyak sebab sangat . Meh nak kongsi sikit dengan korang . Hihi .

Macam ni ceritanya (sambil buat muka beria) , sedang-sedang aku berangan melihat langit dengarlah bunyi motor kat luar rumah . Rupa-rupanya pakcik posmen hantar surat . Macam biasalah asal surat je muka aku,asal muka aku je ambil surat kan  .. -.-' . Selalunya sampul suratnya besar-besar tetiba hari ni comeyy je .

Tanpa berfikiran buruk aku pun teruslah capai surat tu dan zzzzz (terkejut) sebab nama aku kat sampul surat tu . Terfikir adakah ini surat cinta untuk aku ? Cubit pipi sendiri,ini zaman sms takdak maknanya nak bersurat-suratankan . dengan gelojohnya aku bukak surat tu dan taraaaaaaaaaaaaaaaaa


Hhehheh me suka sangat , terima kasih SYAMNURIEZMIL . Ohh ye sebelum ni dapat surat cinta dari kak Syam jugak dan hadiahnya ialah . jeng jeng jeng . 

INiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii suka sangat quotes dekat badges tu . Hihihi


InsyaAllah nanti sambung cerita lain . Bzzzzzzzzzz :)


◕ Spontaneous Thursday : Comelnya Awak >< Okeh cair !


Sementara tunggu azan post sat . Hehhe . Awak semua tengoklah dua orang budak comel kat bawah ni . Aww i'm melting :3



Muslimah kecik . Hehehhe . Pipi awak aww >< !


Kalau dah nama pakwe korea memang c a i r lah kan :P .


◕ Berterima Kasihlah Kepada Mereka semua .



gambar ni takda kena mengena kan dengan entry :P


Berterima kasihlah pada orang yang telah…

☑ MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT
☑ MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA
☑ MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu…
☑ Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..


*spread of love .

◕ Subhanallah indahnya langit :3


Gambar ini di ambil oleh camera kemetot saya . Takda dslr ,maaf atas kualiti gambar yang tak cantik . Here you are . Baru tadi ambil,suka sangat tengok langit dan tersenyum sorang-sorang . heheh /





◕ Manusia Yang Berubah :')

Semoga awak memahami situasi ini . 

"
manusia berubah mengikut masa
begitu juga aku
dahulunya aku begitu
kini aku begini
kuharap lebih baik dari sebelumnya
namun aku bukan manusia sempurna
yang tak pernah melakukan kesilapan
dulu aku silap
sekarang aku memperbaikinya
dulu aku jahil
sekarang aku mempelajarinya
dulu aku alpa
sekarang aku berwaspada
dulu aku lupa
sekarang aku mengingatinya
dulu bukanlah sehingga kini
bukan juga selamanya untuk aku sebegitu
andai ada janji yang tak tertunai olehku
kumohon lupakanlah ia
andai ada keburukanku ketara
kumohon tutuplah ia,
andai ada ingatan tentangku
kumohon ingatlah yang baik-baik sahaja
teruskanlah kehidupan dengan permulaan yang baru
aku sudah berbeza
sekiranya tersingkap masa silam
pintaku jangan dinilai yang dahulu
nilailah aku yang sekarang
kerana kini yang ada adalah dari-Nya menerusi aku
terimalah keburukan dan kekuranganku agar redha nanti
jangan lihatku pada kelebihanku kerana kemudian bakal kecewa
terima kasih kepada yang memahami
"

◕ Salam Maulidur Rasul Semua :)






SALAM MAULIDURRASUL 1433H

Untuk sahabat2ku...
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya..