#Malang diraya kedua ;'[



Salam satu bloggers ! Selamat hari raya semua . Macam mana raya korang ? Okay ke KO macam aku ? Mestilah semua orang tengah bahagia berjalan-jalan bersama keluarga sekarang kan ? Aku pulak baru je balik ni . Eeeeii raya tahun ni memang malanglah buat aku sekeluarga . Yelahhh  mana taknya, sedang-sedang gembira dalam kereta nak pergi beraya rumah atok sedara kereta buat hal ditepi highway . HUaaaa sedihh tak terkata . Tapii aku relax habiss , sempat aku habiskan baca novel sementara mak aku sedang hampir-hampir gelabah . Hahha . kata anak Mohamad kan . hihih . 


Jyeahh, model tepi highway. Sedih tak sedihlahkan . Yeahh sempat aku tangkap gambar . Ada dua tiga tapi sama je . Teheee / Korang yang kereta tak rosakk tu untunglah dapat beraya . Buatnya jadi insan malang seperti aku . Cehh ayat tak boleh bla ! Kelakar tau bilaa naik kereta at the same time lori tarikk . Jadi perhatian ramai . Tiba-tiba pipi aku ada blusher original . Kalau kat tol tu, hah lagi teruk memang terasa jado model kereta bergerak tau . Malu jangan ceritalah . Tapi bak kata kawan baik aku itu namanya sweet memory. Yeahh i admit it . Tapi dah ada lori time terdesak macam tu pun dah alhamdulilah . Korang semua yang nak pergi beraya tu berhati-hati dijalan raya ya ! 

Jemputlah datang rumah . InsyaAllah dapat duit raya . Hihihihi . Selamat Hari Raya semua (!)

# Heechul Oppa and Mr.Pink |

Assalamualaikum.



Malam bloggers ! Haaa dah balik kampung semua ? Aku belum lagi , alkmaklumlah kampung pun sekangkang beruk je dari rumah . 1 rayalah balik . Ohhh tadi aku baru usha-usha blog Hanafauzan memang superbblah kak hana buat entry . Memberi ilham pada aku . Thanks a lot kak hana . Heee . 

Tuptup tinggal sehari  je lagi kita berpuasa kan . Sedih pulak kan ramadhan nak tinggalkan kita semua . Hmmm, sedih jugak bilaa salah seorang dari kumpulan Super Junior Heechul oppa , nak pergi masuk army. Sampai Teukie nangis beria-ria . Wahh aku yang tengok tadi pun memang meleleh sikitlah .  ,




huuuuuu . Huaaaa . Sedih memang sedih . Korang tak sedih sudahlah , Aku yang ELF ni terasa tau . 2 tahun kot . Lama tu . Tahun depan aku spm nanti Super Junior tanpa Chullie . . Ni ada kawan aku Saie bagi tadi . Korang tengoklah ya ? 


Chullie kelihatan sangat kacak daripada biasa . Takdilupakan oppa saya En Kyuhyun . Dahh tutup cerita sedih nak cerita gembira sikit . Sebelum tu, TERIMA KASIH  tak terhingga pada mak sebab hadiah aku Mr.Pink, Walaupun aku ni tak berapa nak minat pink tapi takpe mak punya pasal hamekk jangan tak hamekk . Hihihihi . 


 Terima kasih mak . saya sayang mak saya . Jangan duit raya mak bagi diskaun adalah . Kekekeke . Pada Chullie we ELF gonna miss you . 2 years ! Yeahh maybe too long for us but its okay we'll waiting for you :) . Good night bloggers !. 

KPOP-TIME

Annyeonghaseyo . 


Holaaa chingu . eotteohge jinae  Hehehhe . Haishh korang ni baru nak feeling-feeling cakap korea . Sambil-sambil aku layan cerita journey to the centre of the earth kat tv3 ni, tiba-tiba nak buat entry pasal kpop pulak . Padahal takde kena mengena dengan cerita tu langsungkan . hahaha . Aku memang, tak berapa nak betul sangat . Bahahahaha . Ohh ya, elf semua tau yang super junior ada buat mr simple versi B kan ? Gambar-gambar diaorang memang superbb macho lahh. 


Ramai ELF yang sedih bilaa heechul oppa akan masuk tentera pada 1 September ini . Peminat mana yang tak sedih kan ,  padahal dia dah tau lama . Tapi dia bagitau peminat dia sangat dan tersangat lambat . Warghh lepas ni habislah kasar-kasar tangan si heechul ni . Mesti badan dia akan jadi tough macam Siwon nant . Lebih kurang dua tahun lah kita akan merindui telatah Heechul di atas pentas sebab dia akan berkhidmat selama 23 tahun . Sedih kan ? 


ELF jom layan MV terbaru dari super junior -Superman , 

Haii hottest sekalian, korang mesti dah dengar lagu terbaru 2pm I'm Your Man kan ? Bagaimana pendapat korang semua ? Pada aku lagu itu sangat awesome . Haaa sedap betul telinga aku mendengarnya . kekekekek . Nahh hamek ni . 

\

Cukuplah untuk malam ni . Esok ada kelas akaun . joheun bam chingu .

Award follower :)

Assalamualaikum . 


Setelah dua bulan berblogging aku tiba-tiba nak buat award . Tapi macam tak adik sebab yang awal-awal aku tak buat pun . Nah ambillah kepada sesiapa yang follow tu ya ? 


Thanks all :) . Night-

Bila cuti bermula .

Assalamualaikum .


Yaaa . Jumaat yang indah ni, cuti sekolah pun bermula. Bermula jugalah mengemas rumah untuk hari raya. Korang semua dah kemas rumah ? Mana yang balik kampung tu, tolong atok kemas rumah tak? Hehehehe .Dah buat kuih raya? Ya! Aku tau mesti tahun ni korang cuma kuih tunjuk je kan? Kekekek / Aku ada dua-dua. kuih tunjuk ada kuih yang dibuat pun ada. 

Ohhh ya, terima kasih pada yang follow . InsyaAllah aku nak buat award untuk yang ke 200. Aku sibuk sikit kemas rumah bagai.  Bila cuti bermula, warga kota berpusu-pusu pulang ke desa. Blogger memasang lagu raya diblog. Jalan raya pula akan sesak dipenuhi kereta-kereta.. Haihhh macam-macam lagilahh . Dan yang paling tak puas  hati kerja sekolah pun tinggi menggunung ! grrr tak suka tau ! . 

Tidak lupa bila cuti bermula aku akan pasang hotfm dari pagi sampai petang. Hahahha . Dan kepala aku pun semakin pening nak menghias blog sempena hari raya yang bakal tiba ini..Okaylah korang aku ada kerja nak disiapkan. Aku tak janji tapi insyaAllah kalau ada masa aku balas lawatan korang . Bye . 


Lagu raya ? Tunggulah dulu .

Assalamualaikum 



Haii para blogger sekalian alam. Hari ni, errmm tak usah cakap hari daripada 1 ramadhan lagi orang dah sibuk dengar lagu rayakan? Bestlah ada mood nak raya, aku ni entah apapasal takda mood nak raya. HOyeahhh memang terbaikk. -..- . Kalau dengar lagu raya pun nasib je kalau keluar kat radio masa dalam kereta. Takpelahh esok lusa adalah tu mood aku nak dengar lagu raya..Entry yang pendek lagi suam-suam ni aku nak kongsikan beberapa lagu english yang aku sibuk dok layan..Lagu melayu korang mesti lagi ramai dah tau . Let's check it out !


Jyeahhh layann MV baru maddi jane -secret 

Louder-Charice pun gempakk !


Christina Perri-Arms pun boleh tahan jugak . 

Lagu terbaru David Archuleta pun sedap didengar . 

Yang ni memang besttt :)

Haaa kalau nak senaraikan semua esok siang pun tak siap lagi entry aku. Terima kasih bagi yang baca entry tak berapa nak best ni . Aku sibuk sikit kerja khusus, InsyaAllah hari jumaat cuti aku jalan sambil follow blog korang yang hot okay . Babai . 

Aww (!) Seksinya AWAK !

Assalamualaikum . 


Rindunya aku dengan blog ni.Dua hari takdpat online setelah berbuka dalam gelap.Hishhh memang aku rasa kebosanan yang teramat-amat.Sekarang ni kerap hujankan.Takpalah hujan itu satu rahmat.Ohh ya, di petang yang suam-suam kuku ni aku terajin nak buat post setelah mendapat kembali online.Tutup mata,bukak mata dah tinggal beberapa hari je lagi kita semua nak sambut syawal.Lagu raya rancak dimainkan disana sini.Hoyeahhh padahal daripada 2,3 ramadhan orang dah layan lagu raya. 

Haaa pasti ada yang dah sibuk dok ajak 'parents' pergi salon nak buat rambut raya.Mana yang nak warnakan rambut,nak botakkan kepala nak simpul-simpul rambut.Entah aku tak amik tau semua tu,yang aku sibukkan tudung aku je.Sejak dua menjak ni makin ramai pulak yang aku tengok sibuk tukar profile picture facebook gambar seksi-seksi.Malah, ada yang sampai hanya tutup bahagian penting sahaja!Ya ALLAH, apalah nak jadi remaja sekarang.


carian google

Hmmmm.Wahai wanita-wanita sekalian berubahlah.Ya, aku rasa aku memang tak layak nak nasihatkan orang tapi tak salahkan kalau aku menegur disamping mengingati diri aku sekali. Toksah kerr tambah-tambah berat bahagian kiri bahu korang tu.Korang lupa malaikat yang akan mencatat kebaikan korang ker?Korang lupa yang ALLAH tu maha melihat?Ada orang pernah cakap kat aku walaupun syaitan dah kena ikat tapi manusia taknak langsung mengambil peluang ni untuk berubah/
“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.”

Imam Ibn Kathir berkata, “Allah s.w.t. memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudung kepala…”

Menyesatkan UMAT ISLAM ?!

Assalamualaikum . 



Sat,sat . Korang tengok tak BULETIN UTAMA tadi?Arghhhh hanginnya aku bila baru nak bukak mukabuku kejap dengar pasal 'pusat tusyen ajar anak murid ajaran kristian !' Rasa nak pecah je dada aku dengar berita macam tu . Bulan puasa macam ni pun jadi benda-benda macam ni . Cukup-cukuplah ramai umat Islam kat dunia ni yang dah jahil.Okaylah tak perlu dekat dunia dalam Malaysia je sudah cukup jelas kita semua boleh lihat betapa jahilnya umat Islam zaman sekarang.:7:

Ali Imran [102]……”jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam“.

Dahla tu,budak-budak yang pergi tu baru dalam umur 7 tahun gitu.Ya Allah,budak tu suci lagi.Taktahu apa-apa..Korang bayangkanlah,budak-budak kan jujur.Ikut kata.Tak berani melawan.Kalau dah 'orang' tu mengajar pasal Jesus bagai daripada budak tu kecil memang habislah umat Islam macam ni ! :face65:.
Ibu bapa yang hantar anak-anak kat pusat tusyen lepas ni hati-hatilah..Dunia ni semakin lama semakin teruk.Dah takda perlindungan..Orang bukan Islam memang nak hancurkan Islam..Kalau diaorang dah basuh otak generasi yang bakal memimpin dunia Islam akan datang bermungkinan Islam akan ditindas dan zaman mungkin akan berlakunya seperti zaman jahiliyah . 

Anbiya [92] Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku. [93] Kebanyakan manusia masih berselisihan dan berpecah-belah dalam urusan agama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).



:face10: Sama-samalah kita yang masih mempunyai iman yang  ni bersama-sama menegakkan kebenaran.Kembalikan zaman kegemilangan Islam..InsyaAllah, Allah akan bantu kita semua . 

Ali-Imran [85] Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi










TOLONGLAH ! HORMAT BULAN RAMADHAN -,-

Assalamualaikum .



Haluuuuu semua . Sori ya, harini baru sempat bw belog korang. Superrr sibuklah, kerja khususnyalah, kerja sekolahnya yang menimbun lagi. Kemas rumah, ehh macam-macamlah. Kang kalau dah bercerita pasal jadual aku memang esok malam nak masuk esok siang tak habis lagi,Ngeeee.

Okay lets start our topic today..Okay kalau mana-mana yang kenal aku kat 'facebook' tu memang taulah aku ni kaki nyemak status orang.Kaki dengki notify orang. Heeee,peace.Tak elok marah-marah bulan puasa.Kalau aku rajin,suka jugak menyemakkan diri usha gamba-gamba model tak berbayar kat 'facebook' tu..Buang masa punya pasal, tulah 'part-time' aku. tapi kadangkadang tu banyak jugaklah benda yang menambah bilangan dosa aku akibat 'part-time' aku tadi..Biasalah kerjakerja model tak berbayar pose maut baii .

Sesetengah pengguna 'facebook' menggunakan 'facebook' diaorang sebagai tempat lepas emosi..Okay tak dinafikan aku pun sama..Tapi kadang-kadang ada yang emosi terlebih sampai maki hamun walaupun bulan ni bulan ramadhan . Maksud aku maki hamun yang melampau .. Tolonglah hormat sikit bulan ramadhan..11 bulan kita ditemani syaitan yang selalu menghasut kita membuat kejahatan..Takkan 1 bulan yang tiada syatitan ni kita tetap nak buat jahat jugakkan?


ada jugak yang, masyaAllah gambar tu tak berapa kena untuk bulan ramadhan . YEAHHH ! Wearing a short, singlet and make as your profile picture..Whatthefishh- Okay sorilah aku dah terspeaking..Then, bila orang komen suruh tutup aurat tau pulak marah..Aku tak fahamlah!Maaf tapi kebanyakkannya kaum akulah yang buat kerja tak senonoh ni..Letak gambar yang tak berapa sopan tapi boleh marah pulak bila orang tegur..Dah tu mulalah buat status maki hamun bagai..Please! Kalau korang cakap tak dapat hidayah ke apa lagi, janganlah pakai macam tu bulan puasa ni . Okay?

anak ayam berkata : semoga korangkorang semua tak ada dalam golongan di atas . Okayy sudahh jomm layan fuhhh tengok Iqram Dizly . Hiiiiiii . Babai semua . Renung-renungkan ya .


crazy facebook :)

Assalamualaikum . 


entry pendek . tapi sekarang dah okay . heee facebook pun sibuk betul sekarang ni sampai
tak betul bagai macam ni . kalau korang kena macam ni . cool okay . :) sekejap je tuhh ;D 
Babai-

Girls LIKE pretty boys :)

Assalamualaikum ,


Hello peeps..Good evening . atotoooto. Speaking mat salleh pulak dia di malam yang suam ni. HEEEE. Saje, nak jugak terror speaking, takkan selamanya aku nak berbahasa melayukan. Okay peeps lets start our story today.. Back to the title 'girls like pretty boy'. Hemm enoughlah speaking.##Malay version.
Tengok terbukti yang aku ni memang tak reti cakap mat salleh. Takpa-takpa belajar lagi.Tadi aku ada baca cerpen,dan cerpen tu mengenai 'pretty boys'..Dan klik! Muncullah idea nak menulis entry malam ni.

Sejak akhir tahun 2009 muzik kpop mula membina tapak di industri hiburan negara kita.. Tapi yang memang betul-betul hot tahun lepaslah kan.. Yang menariknya, artis dari korea ini menampilkan 'pretty boys'. Yang perempuan tok sah cakap memang dah tentutentu cantik bak bidadari.. Sejak kpop diperkenalkan para wanita di Malaysia tak cukup tidur akibat 'kecantikkan+ketampanan' artis lelaki korea. Dan trend kpop mulai popular dikalangan remaja lelaki bagi menarik perhatian para wanita.*apekehal ayat aku tunggang terbalik ni-  

Dari apa yang aku lihat, wanita kat Malaysia ni sekarang lebih memilih lelaki yang berwajah ala-ala lelaki korea.. Kuat betul saingan orang Malaysia,jangan sampai ada yang buat pembedahan plastik sudahlah.hahaha. . Tak dinafikanlah aku pun sama naik dengan diaorang. Pada aku 'pretty boys' ni ada aura tersendiri. Korang check it out lah kat facebook tu, budak lelaki yang hothot majoriti yang comel-comel.Mana ada yang bibir terbalik yang hot. semuanya yang babyface, yang boleh buat wanita jadi cecair setiap kali mereka senyum., Aku dapat rasakan sesetengah budak lelaki memang tak puas hati dengan artis korea. Mungkin 'aweks' diaorang sekali sangkut dengan mamatmamat comel tukan.










Fuhhhh! Cair`=='' . Tak caya aku cakap 'pretty boys' ada aura tersendiri . InsyaAllah entry akan datang aku buat pasal lelaki asia pulak . Okay ? Babai . 

nota kaki : kepada yang follow . aku follow lambat sikit ya ? esok aku takde . babai-

Oh si kembar (!)

Assalamualaikum .


Hey semua! Haaaa amacam semua sihat? Harap-harap sihatlah. Ni adik-adik form 3 dah study belum? Trial dah mula kan.. Jangan dok sibuk duduk depan mukabuku tu p sana baca buku.. Result nanti naningis air mata darah bagai. Terjun dari tilamlah. Minum yakult banya-banyaklah. Bawak basikal laju-laju langgar span. Macam-macam jadi nanti..Okay hari sabtu yang indah lagi damai ni aku nak bercakap pasal kembar.

Masa kecik-kecik selalu teringin nak ada kembar. Ermm pada aku kembar ni sangat unik. Tak kiralah kembar yang serupa mahupun tak serupa.. Dialog paling femes masa zaman budak hingusan dulu 
"kan best kalau ada kembar". "dia ada kembar bolehlah kongsi macam-macam". "eeeiiii orang tu ada kembar. seronoknya muka dia sibijik!". Macam-macam lagilah . Oyeahh artis sekarang ni kan ramai yang kembar.. Haaa comel je ada kembar.

Nah ni antara beberapa gambar si kembar yang awesome yang aku berjaya merembat dari en.google.


Rini af7 dengan Rina


Hah takpyah sebut nama korang dah kenal kan ?

Ashley Olsen dan Kate Olsen

Aku tak kenal pun ni . hahahhaa. 

Ni last sebab special . Saranghaeyo #tetiba
heeee aku suka diaorang ni . 
sebaya aku kau !
kiri tu Kwangmin kanan tu Youngmin




Liciknya YAHUDI (!)

Assalamualaikum.


Selamat petang semua..Huaaaa apapasal hari superrr panas ni?Mesti tekak-tekak dah menjerit mintak air tapi kita kena kuatkan iman supaya air tu tak lepas kat tekak sebelum waktunya.Hari ni macam-macam aktiviti membuli aku jalankan,heeeee.Peace :). TAPI yang aku tak berapa nak suka hari ni sebab aku baca satu artikel yang berkaitan dengan 'alamat' blog kita ni.Hoyeahhh memang superr tekejutlah jugak.

Ini diaaa mesti korang ada baca ni kat 'facebook' kan? Ramai yang dah sharekan benda ni.

PERHATIAN !!!1. cuba anda buka mane-mane blog kawan anda....contoh : zzzzz.blogspot.com...2. kemudian, buka semula blog kawan anda itu, tapi dengan membuang huruf 's' pada perkataan blogspotcontoh : zzzzz.blogpot.com
Apa yang terjadi?Licik betul mereka ni...... Sebarkan
Dan korang akan jumpa page bible..Licikkan orang yahudi ni?Ishhh nasib alamatnya 'blogSPOT' aku tak boleh bayangkan kalau takde S tu.Tapi aku risaulah jugak ni,ermmm patut ker tukar domain? =,= Tidak tidak kenapa mesti bongkar benda ni lepas aku rajin berblogging..Huaaaaa-

Hmmm korang sebarkanlah betapa jahatnya diaorang ni. Aku away dulu.babai-

lagu untuk entry ni-







Melayu Memang Mudah LUPA !

Assalamualaikum.


Haaaa mesti semua pernah dengar kata-kata 'Melayu Mudah Lupa' kan? Ya hari ni aku nak cakap pasal perkara ni lah.Hmmm kenapalah dengan 'orang melayu' zaman sekarang.Aku amek petikan dialog dalam kasih alia tadi "kadang-kadang melayu ni lagi teruk daripada orang putih" . entahlah tak ingat sangat.Tapi memang aku sokong kata-kata Iqram Dinzley dalam cerita tu.Lihat jelah sekarang, anak-anak melayu buat muka tembok je letak gambar yang tak senonoh dalam mukabuku tu. Cium sana-sini selamba je buat DP.

Bila ditegur diaorang mesti jawab kubur masing-masing. Ustaz aku cakap masa aku darjah khas, kalau orang cakap kat kita macam tu jawab balik sebab kubur masing-masing lah aku nasihatkan kau.nanti kat sana aku dah tak boleh nak nasihatkan kau lagi.. Kalau difikir balik memang tetaplah apa ustaz cakap tu.Tadi balik sekolah masa nak tunggu bas dengan selamba sardin cap botan je seorang pelajar lelaki minum depan kitaorang semua. melayu lagi beragama islam.Mengumpat?Tahlh tapi aku sekadar nak bagi pendapat aku je.Aku tak faham apa yang susah sangat nak puasa ni?Kenapa mesti ponteng puasa sedangkan puasa tu WAJIB.Orang perempuan ni kalau boleh nak puasa penuh tau tak.Tapi bagi sesetengah golongan tu boleh main-main hal agama kan.

Helllo budak sekolah rendah mahupun budak pra sekolah tu diaorang beria nak puasa tau.Tapi yang peliknya budak-budak sendiri boleh tahan, orang yang dah akil baligh boleh buat perangai tak senonoh.Malulah sikit dengan adik-adik.Kalau bangsa lain tengok apa tanggapan diaorang terhadap kita sebagai orang melayu nanti.Ya Allah kalau cakap soal ni memang tahun depan nak masuk hujung tahun lagi satu pun tak habis..


Renung-renungkanla. Babai-