◕ Kisah Saya Awak = Kita Semua .






Bila korang baca kisah ini . Korang pun termasuk sekali dalam kisah ini  . Kisah kita semua

✿.。.: Ada satu kisah tentang seseorang. 

۰̮̑●̮̑۰ Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر". 
۰̮̑●̮̑۰Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ". 
۰̮̑●̮̑۰Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ". 
۰̮̑●̮̑۰Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".
۰̮̑●̮̑۰Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT.

Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu? Orang itu adalah KAMU! 


Mungkin ramai yang dah tau kan ? Share selagi boleh . Supaya kita semua jadi orang yang beruntung itu

◕ Awak Hanya Ujian Untuk Hati Ini

Terkadang,hati ini tak lari dari menyukai seseorangkan ? Selalunya kita akan tersalah memberi hati pada yang tak sudi . Dia pergi kita patah hati . Dia gembira kita menyendiri . Saat itulah kita sedar yang dia hanya ujian yang Allah hantar untuk hati kita .




Bukan tidak suka. 
Bahkan jauh sekali ingin membenci. 
Saya cuma tidak kuat ingin menolak rasa yang kadang-kala menerpa. 
Lantas kerana itulah saya melarikan diri. 
Kerana saya tahu saya bukanlah srikandi yang teguh imannya di hati.
Saya cuma hamba yang kadang-kala jatuhnya tidak diingini. 
Saya tahu amat sukar bagi anda untuk mengerti. 
Andai anda ingin melarikan diri. 
Tiada lain saya harapkan melainkan diredhakan hati. 
Kerana saya tahu rencana Illahi adalah sebaik-baik ketetapan buat diri. 
Lantas, siapalah saya untuk menyanggahi?
Andai ingin menanti. 
Janganlah anda merapati. 
Kerana saya pasti menjauhi. 
Bukan kerana membenci tetapi 
Kerana saya bukanlah srikandi yang tebal imannya di hati.
Buat hati yang menangisi. 
Pergilah dikau mencari redha Illahi. 

*Duhai hati bersabarlah . Aku tau kamu kuat .

◕ Lagu Carta Hati versi Islamik :D



Korang mesti dengar lagu ni . Super terbaikk .


◕ KEBABOMMM . Terbaik T_____T




Kebaboom . bomm bomm bomm . Ya,inilah yang kita semua dengari saat ini . Biasalah tu tahun baru cina kan . Perkara biasa bagi setiap tahun kan ? Kalau tengok bunga api tu awww cantik je . Rasa tersengih je . Tapi bukan semua suka kan ? Bukan semua orang rasa kenikmatan ini . 

Mungkin kat Malaysia kita sedang bergelak ketawa melihat bunga api,bunyi yang bising sana sini akibat sambutan perayaan yang begitu meriah . Tadi ada juga yang mengingatkan aku mengenai nasib orang di bumi Palestin sana . Ya terkadang kita alpa dengan nasib orang yang dalam kesusahan kan ? Betapa bertuahnya kita dilahirkan di Malaysia ni . 

Walauapapun aku nak ucapkan selamat tahun baru cina bagi yang menyambutnya . Selamat 'pagi' semua . 

◕First Giveaway By Butik fiQ'Ra


Jengjengjeng . Sekarang memang ramaikan bloggers buat GA,segmen etcetc . Banyak tau manfaat kita bloggers yang lain join . Tunggu apa lagi,jom reramai join giveaway ni :) . Nak join klik banner bawah ni okay sayang .





5) hantarkan link entry ke entry ini ( sertakan id follower & id facebook )

Qila nak tag mereka yang awesome ini :)


Lai-lai join ramai-ramai :)

◕ Kajilah Diri Kita Dulu .




KECEWA ? ••► ingatlah saat kau kecewakan seseorang
MENANGIS ? ••► ingatlah saat kau buat seseorang menangis
SAKIT HATI ? ••► ingatlah saat kau sakitkan hati seseorang
DIPERMAINKaN ? ••► ingatlah saat kau permainkan seseorang
TIDAK DIENDAH ? ••► ingat saat kau buat tak endah pada seseorang

~► SETIAP PERBUATAN SEDAR ATAU TIDAK PASTI ADA BALASANNYA ITU JANJI YG MAHA ESA .
- KAJI DIRI SENDIRI KAJI PERBUATAN ANDA & JGN SALAHKAN TAKDIR MAHUPUN YG MAHA ESA .





sumber : Facebook . 

◕ Lalang-Mathutfi . Terbaik !


Hari sabtu yang indah . Hari yang pepagi perut dah meragam buat drama di tandas . Di sebabkan hari ni cuti pun bermula,dan setelah membuat keputusan hari ni satu buah buku sekolah pung aku takmau pegang . :p . Seperti biasa di hujung minggu yang inda lagi damai ,pagi-pagi bukak youtube untuk santapan telinga .

Tiba-tiba terjumpa video mathlutfi yang terbaru . Bertajuk Lalang .

Korang semua kena tengok sebab banyak sangat mesej yang di sampaikan :) . Memang terbaik .

benar politik itu tidak kotor. cumanya penghujahan sihat jarang sekali berlaku. seringkali sesuatu isu itu dicemari sentiment parti, peribadi malah emosi. Lalang menceritakan sisi pandang pihak ketiga, sang kancil yang tersepit antara dua gajah, dan seekor rama-rama(?)

◕ Kematian Juga Tidak Mengenal Usia .


(haaaaa semput) baru balik tusyen sejam yang lalu . Petang tadi bila baca je status kawan mengenai seorang penyanyi di negara kita yang popular dengan lagu Kembali Senyum tu meninggal dunia ,dengan sepantas kilat lagi     aku google . Hmm dan inalilahwainalilahirajiun . Sangat terkejut tetapi dah sampai masa dia . Allah lebih sayang kan dia .





Penyanyi Izwan Pilus menghembuskan nafas terakhirnya pukul 6.15 petang tadi di Hospital Ampang. Maklumat tersebut disahkan oleh adiknya Aril sebentar tadi menerusi Twitter. Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
izwanpilusmeninggaldunia3 Al Fatihah | Izwan Pilus Meninggal Dunia Hari ini di Hospital Ampang

Gambar terakhir arwah . Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah . Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman

Takziah aku uncapkan untuk keluar arwah . Untuk korang semua sama-samalah kita ambil ini sebagai satu pengajaran yang kematian itu tidak mengenal usia .



◕Jom Join Segmen Jom Blogwalking .


Tadi sempatlah jejalan blog orang sana sini di sebabkan takdanya kerja sekolah . Lepas tu jumpalah segmen ni . Sila klik gambar di bawah untuk join sama-sama :)


Lai lai join reramai :) 

◕ Mungkin Ada Hikmahnya . -.-


Sejak akhir-akhir ni aku sibuk sangat-sangat . Nak jengah belog sendiri pun tak meyempat dah T_____T . Kadang-kadang tu rasa 24 jam tu macam tak cukup je . Dengan kelas tambahan yang bertambah-tambahnya ,tak termasuk kerja sekolah bertimbun-timbun . Haihh masa tu memang jelly dengan aku .



Tajuk hari ni lebih untuk kenapa aku ni macam biskut bila berblog . Padahal orang lain pantas sepantas tangkas bak belangkas  mengupdated blog hari-hari sampai 1987809000 post dalam masa satu hari . Aku nak updated satu pun lembab selembab siput barbie . -.-" Ini semua gara-gara tahun akhir persekolahan dan cikgu bagai membuli habis-habisan  kami calon-calon SPM ==' . Redha dengan ketentuan ilahi ini . *ayat mintak gigit lappy .

Online pesbuk pun pakai fon cikai dengan menggunakan wifi yang tersedia di rumah oleh mak tercenta . Hah ! Satu lagi,sekarang dah mula latihan rumah sukan di waktu petang yang indah lagi damai . Aku terpaksa mengorbankan masa tidur yang indah dan di gantikan berjemuran di padang sekolah dengan risiko menjadi kuda belang yang tinggi . *benci ! benci !

Di sini aku ingin menyusun sepuluh jari jemari ingin meminta maaf jika terlambat follow,terlambat jengah belog awak-awak semua . Ampun . Maaf zahir batin . *duit raya mintak raya nanti . lol ..


Last but not least , eh TERspeakang pulak . Kata-kata di bawah ni untuk kawan-kawan di belog mahupun di pesbukk termasuk ................ . Hihihi .



"tak sangka kan?kita jumpa,kita kenal,kita kawan,kita berhubung.tapi kemudian.kita menjarak,kita tak lagi berhubung,kita tak lagi berkawan.tak sangka kan,kita sekarang,seolah-olah dua manusia yang tak pernah kenal satu sama lain.tapi,siapa sangka,mungkin ada hikmahnya kan?"*Tersenyum melihat langit-

◕ Wordless Wednesday - Subhanallah cantiknya mata dia :3


Indahnya ciptaan Allah . Subhanallah . 







okay paling suka yang ni . comeyynya :3 

hijabonita:

semasahin:

::: alhamdullilah ::: by c i k j e n a h on Flickr.

M’awww :3

◕ Sekolah . Selamat Tinggal Cuti :'3


Haiii korang semuaaa yang kacak cantik lagi bergayaa . Setelah sebulan lebih dok terperuk dalam rumah di samping beramal jariah di pesbukk akhirnya sampai juaa hari yang paling di benci oleh semua budak sekolah .  Termasuk yang tukang tulis entry ni . Mungkin bagi sesetengah negri yang berada nuuuun di utara sana sesi persekolahan dah bermulaa . Hahhahah padan muka cuti lambat naik sekolah awal . Maka beruntunglah kami yang duduk di area selatan cuti awal naik sekolah lambat . Muhehehhe . *puihh ayat nak berlagak baguih-baguih je .

Tadi sempat jugak jejalan blog sana sini dan aku dapat satu ilmu hari ini . Yehaaaa setelah berhempas pulas mencari selama ni jumpa jugak cara-cara nak buat doodle guna paintoolsai . Alhamdulilah setelah 1 jam duduk atas kerusi menghadap lappy buat doodle dengan penuh fokus tapi akhirnya jadilah doodle yang buruk di bawah ini ..




Errr taktahulah bila online tapi rasanya ada masa adalah aku . Hehehhehe . Spm lain citer . Bhahaha . Pukul 10 dah ni nak pack barang . Selamat malam . 






◕ SCM Music Player


Helooo everybodyyy . Selamat tahun baru aku ucapkan kepada semua orang . Sempena tahun baru dan entah bila boleh online aku nak buat tuto yang sesangat senang guna sebelah tangan pun boleh tau ! Betul tak tipu punyaa , Hikk . Tuto ni pejam mata pun korang boleh buat sendiri . Waaa tak bohong . Jomm kita mula !

Sebelum apa-apa baca bismillah dulu yaa kawan-kawan . Okay lepas tu dengan senang hati korang klik  SCM  . dah tekan ? Okay ikut ke gambar-gambar kat bawah ni okay ? 

Sila pilih warna apa yang korang nak



Selepas itu sila tekan Edit Playlist untuk masukkan lagu korang okay ? Boleh ambil url lagu dari youtube




Dah copy url lagu tu korang kena ikut gambar bawah ni pulak . 



yang bestnyaa guna scm ni kita boleh letak bebanyak lagu febret kita sesuka hati dalam blog dengan gembira tak terkata . Okay ni last step . Apa lagi silalah tekan Configure Settings . Sila pastikan korang buat sama sebijik serupa sebentuk macam contoh di bawah okay


sama tak ? sama . Hah ! barulah korang tekan done ! Hihihii . Okay now sila copy code yang korang nampak dan macam biasa paste dalam HTML/Javascript . Siap !




kalau apa-apa tanya kat komen okehh :D


◕ Cinta DIA . :')


Post pertama tahun baru . Sebenarnya nak post something semalam tapi sibuk sikit semalam . Hmm tajuk tu main hentam je sebab taktahu  nak letak tajuk apa . Ohh entry ni pendek sangat,cuma nak bagi gambar yang buat aku tersenyum tadi . Mula-mula nak bagi kat seseorang tapi tak jadilah sebab nak post dekat blog . Maaf sebab entry pendek sesangat .




Untuk korang semua  . Cinta Allah cinta hakiki