Muhasabah Diri.


Assalamualaikum. 

diri ini sering melakukan kesilapan. Aasiff jiddan kepada semua andai diri ini pernah membuat awak terluka. sungguh saya tak sengaja. tegurlah saya jika saya melakukan kesilapan. jangan hanya biarkan kesilapan itu. saya hanya insan biasa yang melakukan kesalahan. rasa macam berdosa sangat. ampuni aku Ya Allah . T_T .

sebagai seorang yang agak nakal saya ni cakap main redah je. mungkin ada dikalangan sahabat yang berkecil hati dengan saya kan? kawan saya selalu jugak kata saya agak kejam,tapi saya tau kata-kata itu gurauan semata-mata. ataupun memang dia nasihatkan saya dalam gurauan itu. saya suka kawan saya yang tegur saya depan-depan walaupun masa tu rasa nak nangis dengan tiba-tiba. tetapi Allah hantar dia untuk tegur kesalahan saya :'). kadang-kadang tersentap juga bila dia berkata macam tu. bila fikir duapulohkali balik saya pun pernah buat orang lain sentap juga. ni kira macam 1-1 lahkan? *ingat ni bola sepak apa -.-'. sungguh saya bukanlah sengaja kalau terkasar bicaranya. kalau orang tua-tua dengar mulut comel ni berceloteh dah lama kena cili mulut ni. hmm,saya sedang mencuba menjadi muslimah yang baik,ala-ala gadis melayu gituu.*muntah darah.  heh. eh tak ini betul bukan main-main. *kelip-kelip mata. 

ya,perubahan yang dilakukan sedikit demi sedikit. Istiqamah orang kata. dan,oh ya kata-kata dibawah ni memang membuatkan air mata bergolek dengan sendirinya di atas pipi yang dipenuhi beberapa ketul jerawat. sudi-sudi andainya kalian semua baca,semoga memberi manfaat kepada semua. insyaAllah. 


Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih kuulangi.
Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.
Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.

Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.
Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.


Hasilnya. .


Assalamualaikum ,

akhirnya tamat jua Peperiksaan Percubaan SPM . Malangnya lagi mendukacitakan keputusan trial sangat tersangat tidak memberangsangkan. :'( sobs sobs ... Mungkin sebab aku still main-main,ke hulu ke hilir dengan riang rianya. Tanpa memikirkan sedikit pun tentang peperiksaan yang dah semakin dekat.Huh tak sedar diri betul. Allahu.

tsk tsk wahai adik2 yg membaca jgn contohi diri ini . 
Sepanjang tempoh trial exam memang aku tak pandang sangat dah pesbuk,twitter belog jauh sekali.Study saat akhir memang masa tu berharap otak akan bertukar macam otak Jimmy Neutron -.-". Soalan bocor pun kalau dah aku orang terakhir tau nak baca apanya. Masa tu baca semua keluar balik. Bagai mencurah air ke daun keladi.

Last-last dah dapat kertas,baca bismillah,ayat kursi,ayat penerang hati bantai je jawab semua. Dah cikgu pun cakap "Kalau awak dah taktau sangat,awak jawab je semua.Jangan tinggalkan kosong". Pasrah betul dengan keputusan yang dapat. Mungkin ni adalah pengajarannya. Manusia dah jatuh di timpa tangga baru sedarkan ? :'3

Tapi sentiasa ingat kata-kata cikgu : "Biar awak nangis hari ni,jangan awak nangis masa hari awak dapat result sebenar awak". :').

Sekarang dah taknak fikir dah semua tu. Kena terus bergerak maju kehadapan. Dah takda masa berfoya-foya. Dah takda masa baca novel cinta tacing-tacing. Dah takda masa nak tidur dalam kelas. Dah takda masa untuk semua perkara yang melalaikan diri. Kena lawan sifat-sifat mazmumah dalam diri.

Istiqamah yang paling pentingkan? Usaha dengan doa, Masanya akan tiba, Dengan restu Illahi, Kelak pasti akan ditemui ~"

Sekarang masanya memperbanyakkan solat,doa dan usaha yang berlipat-lipat kali ganda.InsyaAllah hasilnya baik nanti.

Mak dengan Abah cakap:
"Belajarlah sungguh-sungguh untuk masa akan datang.Jangan tinggal solat,belajar rajin-rajin.Mak dengan Abah cuma minta keputusan yang cemerlang je."