Tegurlah Aku Duhai Sahabat .

Assalamualaikum w.b.t  

Allahurabbi benarlah kata ulama :


❝ Jika dosa itu berbau, nescaya aku tak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuhku dikesan orang kerana dosa-dosaku. ❞

Besarnya kasih sayang Allah kepada kita kerana betapa banyaknya dosa kita ditutup daripada penglihatan manusia.Saya ada jumpa kata-kata yang sangat sangat lagi berkesan di hati . Credit tu Angel Pakai Gucci kerana menulis ini :) 




Jika kau nampak aku buat maksiat,
Tidak kira maksiat mata atau telinga,
Maksiat tangan atau perbuatan,
Maksiat mulut atau perut,
Tidak kiralah apa jenama atau capnya,
Tegur, sebelum hatiku kabur..!

Kalau kau lihat aku banyak cakap tak banyak buat,
Pandai berhujah tapi hanya tinggal di lidah,
Potpet potpet bumbam bumbam di alam maya,
Tapi dia alam nyata diam seribu bahasa,
Ibaratnya pelakon handalan banyak pengiktirafan,
Tegur, sebelum imanku gugur..!

Andainya kau lihat solat jemaahku entah ke mana,
Tilawah dan tadabburku di Banjaran Titiwangsa,
Bangun malamku terbenam di lautan Pasifik sana,
Maathurat ku.. Maathurat? Gerangan makhluk apa?
Banyak berkata, sedikit zikir dan doa,
Tegur sebelum aku jadi takkabur..!

Apabila kau saksikan aku sudah mula melemah,
Malas berusrah gemok nak pergi daurah,
Sudah tak peduli dengan masalah ummah,
Perlahan-lahan dirasuki jahiliyyah,
Tak selera lagi untuk mentarbiyah, berdakwah,
Tegur, itu tandanya aku sudah futur..!

Sekiranya kau yakin aku sudah jauh sekali,
Dari hidayahNya yang pernah aku damba,
Dari ukhuwwah yang pernah membasah,
Dari sentuhan rabbani yang amat aku idami,
Dari obor perjuangan yang semakin kehilangan,
Tegur, jangan biarkan imanku melebur..!

Tegurlah aku, kerana aku mudah lupa.
Tegurlah aku, kerana aku hanya manusia.
Tegurlah aku, kerana aku tak hebat mana,
Tegurlah aku, kerana aku bukan siapa-siapa.
Tegurlah aku, kerana sungguh aku berdosa.
Tegurlah aku, sebelum aku sengsara.
Tegurlah aku, sebelum Izrail mencabut nyawa…!

Dan tegurlah aku wahai sahabat; tidakkah pernah kau dengar, firmanNya yang sudah termaktub?
“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian! Hanya sahaja kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran!”

Sungguh aku rindu dan dambakan pada teguran ikhlas yang mengubat sukma, walau ia merobek jiwa.."

Hanya Manusia Biasa

Assalamualaikum w.b.t :)

Alhamdulilah masih diberi peluang untuk hidup dan bertaubat kepadaNya . Alhamdulilah juga masih diberi peluang untuk menulis entry di blog yang sudah lama ditinggalkan .

Selama beberapa bulan tak menulis di blog,bermacam perkara yang berlaku dalam hidup saya . Banyak dugaan yang diberi dariNya yang membuatkan saya semakin kuat menjalani kehidupan di dunia . Walaupun pada hakikatnya bibir tersenyum,ketawa dalam hati hanya Allah je tahu. :") Hanya kepada Allah,saya berkongsi rasa,masalah , segalanya ..

Oh ya , tadi saya ada jumpa sesuatu yang menarik ! Sesuai untuk saya,dan anda semua . Kata-kata yang mempunyai maksud yang sangat mendalam. Yang ramai manusia menganggap ianya perkara remeh temeh.Jom baca !

Mudah-mudahan akhlak di sebalik pakaian lebih indah dari pakaiannya.


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




siapa tak pernah jadi jahat? we all fall short sometime. dan kalau nak cakap tentang baik, what is your definition for that? post pasal islamik kat FB, tapi tak solat, tak baik jugak. jaga solat, tapi mulut mengumpat orang, sebar fitnah, menipu, tak baik jugak. pakai tudung labuh, tapi tak jaga hati, dating berdua pegang tangan, masih tak baik jugak. bagi sedekah ribu-ribu, puasa sunat setiap isnin khamis, tapi baju tak tutup aurat, pun tak baik jugak. siapa yang layak menilai sesiapa kat muka bumi ni? none. dan definition of baik was only mean by one thing ; beriman kepada Allah. patuh pada setiap perintah-Nya dan tinggalkan segala apa yang dilarang-Nya. yeah, none of us adalah manusia yang tak berdosa. tapi itu tak bermakna kita tak boleh buat baik, tak bermakna kita kena terus buat jahat, tak bermakna kita boleh kutuk orang yang nak berubah jadi baik, or kutuk orang yang jahat sekalipun. no we can’t do that. kalau tak boleh cakap benda baik, at least diam. kalau tak dapat nak bantu orang berubah jadi baik, please jangan tarik orang supaya buat benda jahat.
ya we all fall short sometime. but that doesn’t mean kita selamanya berdosa. rahmat Allah tu luas. cari jalan pulang ; balik pada Quran dan Sunnah. jaga solat. jaga hati. jaga hubungan dengan Tuhan. niat yang baik-baik untuk diri sendiri. doakan kebaikan orang. jangan prasangka. i am not good either. tapi tak salah kan nak berubah? :) every second is the chance to change. don’t waste it people. be good to Allah, insyaAllah DIA akan baikkan kita.