SELAMAT TINGGAL OKTOBER ;'(


Salam Satu Bloggers !



depan komputer habis terabur buku fizik , segala nota segala contengan . Tapi nak update blog punya pasal sanggup aku bukak internet disamping bermuka buku dan dengar zikir . huuuuu esok exam fizik pulak . I wish i can get better marks this final exam :'( . errkk taknaklah citer pasal exam  memang mematah-matahkan semangat dan jiwa raga aku . 

tuptap dah 31 Oktober 2011 . Macam mimpi je,rasa sangat sekejap . Taktahulah kalau aku je yang rasa sekejap . Sedih sangat nak tinggalkan bulan oktober . Kenapa ? Sebab macam-macam peristiwa jadi dalam bulan ni . Menangis tergelak macam-macam adaa . Macam masak tiga rasa . Cukup rasa masam,masin,manis diaa tau . Lepas ni tak jumpa lagi dah tarikh 31 Oktober 2011 . Sekali seumur hidup . 


Bulan oktober sangat sempurna pada aku . Secukup rasa,macam-macam pengalaman aku dapat . Macam-macam orang aku kenal . Macam-macam perangai aku dapat tahu . Sampai kadang-kadang aku rasa sungguh annoying ! Tapi nak buat macam mana kan . Kita manusia biasa . Macam -macam hal kita buat kan ? Dan disebakan perkara-perkara tu aku belajar banyak sangat benda baru dalam hidup . Banyak sangat hikmah disebalik apa yang berlaku dalam bulan oktober ni, terima kasih Ya Allah . 

Sebelum aku semakin merapu nak tentu hala baik sambung study fizik yang buat urat kepala aku timbul,puas sikit dari urat kepala timbul disebabkan sikap manusia kan . Selamat malam semua dan selamat tinggal oktober :'(

p/s : Hello November ;]





BOLA BOLA BOLA [ ! ]


Salam Satu Bloggers !


gambar en google

Taip entry sambil ratah milo . Tengok tv 1 ada apa ? Ada Bola . Punya kuat aku bukak volume sampai aku rasa rumah aku ni dalam stadium tu . Weheee . Aku pakai baju warna purple sebab aku tak skong mana-mana pungg . Aku sokong siapa yang menang . Hahahha . Terokkan aku ? 

Jyeahh, disaat orang lain sibuk PETEH GANU PETEH / HOBIN JANG HOBIN kat status facebook, aku pulak sibuk ratah milo sambil tunggu sapa menang . Aku rasa macam hapee je kalau aku sokong salah satu before lawan sebab aku akan bergaduh dengan kawan aku kerana sebiji bola tu . Miahhaha . Jadi baik aku tunggu siapa menangkan ?

Korang sokong mana ? Nak tahu jugak, hehehhe .

l o a d i n g - . . . . 2 jam kemudian 

HOBIN JANG HOBIN ! ! !

Jadii aku pilih Negeri Sembilan sebab dia menang . Jyeahhh geng Fatin Liyana yawww ! hahahaha . Kbaiiii 

AWAK KENA TAHU NI . . .


Salam Satu Bloggers !


Awak awak awak dan awak . Sini nak bagitahu sesuatu . Awak kena tahu benda ni tau . Supaya awak tak lalai kat dunia ni . 

Awak tahu tak ?

 Nabi banyak menangis kerana risau pada ummat, sedangkan kita banyak ketawa dengar rancangan kelakar.

Nabi solat tahajjud sampai bengkak kaki, tapi kita main futsal sampai patah kaki.

Nabi selalu beriktikaf di masjid, kerana duduk dalam suasana iman dan amal di masjid, maka hati dan akhlak akan terbentuk.


Nabi suka tolong isteri memasak, sehinggakan bila sorang sahabat bagi salam di rumah Nabi, maka Nabi telah keluar dalam keadaan lengan bersingsing, dan debu tepung memutih di tangan baginda.

Awak taktahu kan ? Kita lalai pada duniawi . Awak nak tahu jugak tak yang 

 jika andai kata setiap langkah Nabi berjalan akan tumbuh rumput, maka seluruh Mekkah dan Madinah akan dipenuhi rumput kerana Nabi selalu berdakwah lorong ke lorong, pintu ke pintu, kabilah ke kabilah, hati ke hati, sedang kita berarak setahun sekali hari ni, nak banding amalan dakwah Nabi, masih jauh seperti langit dan bumi

Md Al-Fatih (fb)

Hmmmm manusia - 

AKU DIGODA DIGODA . . .


Salam Satu Bloggers ><

Petang-petang ni dahlah hujan sejuk je . Masa aku berdating dengan En Google aku telah digoda, oleh haiwan ini . Dia buat hati aku cair macam coklat . Aku rasa nak jadi doraemon masuk dalam komp, culik sekor . Rasa nak peluk-peluk . Alololo aku asik tersenyum je dari tadi .










Yaaa ! Merekalah yang menggoda aku sampai aku tersengih-sengih dari tadi . Korang suka tak ? Comel kan ? Kan ? :) Kalau nak amek satu ameklah free aku bagi weheee . 


AWAK :'(

Assalamualaikum . Entry ni saya buat khas untuk awak . 



Kenapa awak buat saya suka awak ?
Kenapa awak layan saya macam tu ?
Kenapa awak ajar saya apa tu rindu ?
Kenapa awak bagi saya harapan ?
Kenapa awak tak cakap awak suka dia ?
Kenapa awak ? 
Kenapa ?
Kenapa awak seksa perasaan saya ?
Kenapa awak uji saya macam ni ? 

Saya perempuan biasa je awak . .
Hati saya ni sensitif . .

Awak tau tak . . .
Awak dah buat saya lalai dengan perasaan ni . . .
Awak buat saya menangis . . .
Awak buat hati saya sakit . . .
Awak buat hati saya macam mainan . . .
Awak buat saya macam patung awak, bila awak bosan awak cari saya bila dah jumpa yang lain awak tinggalkan saya . . .

Sakit awak . . .
Saya yang tanggung bukan awak . . .

Kalau dengan deactive fb tu buat awak gembira saya boleh buat . 
Kalau dengan 'unfriend' dengan saya boleh buat awak tersenyum saya boleh buat . 
Kalau dengan hide status,wall saya dari ganggu ketenteraman awak saya boleh buat . 
Kalau dengan taklayan awak buat awak lapang saya boleh buat . 

Awak . 

Kalau awak baca apa yang saya tulis ni,
Saya nak awak tau,jangan bagi harapan pada yang tak pasti sebab nanti ada hati yang tersakiti . .

Ya Allah . 

Kau tabahkanlah hatiku,
Kau lapangkan dadaku, 
Kau buang perasaan ini andai ia buat aku lupa terhadapmu,
Kau kuatkan imanku, 
Kau tenangkan hatiku,
Bantu aku ya Allah . Hanya kau yang boleh bantu aku . Hanya kau . 

-Ikhlas A.M-
'Pagi-pagi jadi macam ni . Parah-

#Deepavali vs My Birthday :)

Salam Satu Blogger !

Deepavali ? Yes ! Its deepavali and today was 26.October.2011 . And finally i'm 6teen  . Bangga weh sambut hari jadi sama pulak hari dengan deepavali . Tak pernah terfikir dek akal ku . Hahah . Walaupun aku banyak kali nangis hari ni, tapi aku tetap rasa gembira sebab kawan-kawan aku sambut sama-sama dengan aku . Ohh ya ! Kalau korang yang taktahu tu hari jadi aku sama dengan hari jadi blogger terkenal dan dia ialah Kak Syamira . Wuhuuu, tak sangka  

Yang wish kat facebook tu ribuan terima kasih aku ucapkan :') . Aku sayang korang ketat-ketat . Korang buat aku menangis tau dengan ucapan korang tu . Hehehhe .  . Walaupun kawan kat facebook tu 3*** tapi yang wish tu berapa jelah kan . Aku sayang orang yang wish tu . Hehehhehe . Korang sangat awesome !  . 


Belanja kawan aku kfc je . Tu punn mak aku punya duitlah . Mak aku yang sponsor . hahha . Tak ramai pun yang datang . Kawan baik aku pun tak datang tau  , takpelah dia pergi sambut deepavali kat KL . Hehehhehe . Ohhh aku dapat The Smurfs dari kawan aku . Hihihi . comel tau . Nah tengok-tengok nak bagi awak jeles . 


Comel je kan . Oh sebelum terlupa, terima kasih untuk blogger terkenal yang korang mesti kenal Nas, Aina mania, Affat  , dan penulis novel terkenal Kak Liyana Zahim  dan kawan baik kak Fatin Liyana siapa lagi kalau bukan Kak datinwowhh najahtul iylia sebab diaorang wish besday aku . Wuuuu bangga bangga . Lagi sekali yang wish tu memang sangat-sangatlah aku berterima kasih ! Hari ni hari aku esok lusa hari korang pulak kan . Hehehhe . Babaaaii semua . 

#Mulut Manusia !



Salam Satu Bloggers !

Petang ni aku tak berapa nak ada mood, entahlah . Rasa nak marah orang pun ada . Dari pagi tadi telinga aku ni dah tersumbat dengar lagu tanpa henti . haha . Hari ni aku nak buat entry pasal mulut. Mulut ? Semua orang kat dunia ni ada mulut . Siapa jelah takda mulut kankecuali yang istimewa  . Mulut ni ada macam-macam jenis . Jenis pertama ialah mulut tempayan  . 



Haaa jenis ni memang bahaya ! Memang jenis mulut mintak kick je kan . Hahha . Kenapa aku cakap yang bahaya . Well, orang yang mulut tempayan ni memang jenis tak reti simpan rahsia . Even kau cakap kau pergi beli baju kat petaling street habis satu kampung kecoh . Orang yang macam ni, kurang kasih sayang sayang agaknya . Macam aku selalu kena, status facebook lah . Sorry to say, selalu aje aku kena perli sebab status kat fb . Jeles agaknya dia tak buat status macam aku . Hmm sape tak geram kan . Pada aku orang macam ni tak payah kawan . Habis cerita . Kerja nak jadi wartawan tak bergaji je . 





Jenis kedua ialah mulut laser/pedas

Haaaa ni spesis mulut takda insurans , macam aku .  Hahhaha . Hape, ingat senang nak kawal mulut kita . Susah tau . Kadang-kadang tu bukan sengaja nak cakap tapi terlepas okay . Ye, tak dinafikan memang ramai yang sentap kalau cakap dengan aku . Hahha . Tahan jelah, macam aku tahan kena perli dengan cikgu-cikgu .  Kawan-kawan aku dah masak sangat dah perangai aku . Kitaorang main lawan-lawan je kalau bercakap weee . Tapi pada aku mulut laser ni, lagi senang, cakap depan-depan . Ya memanglah orang akan kecik hati kan ? But its better than talk behind that person right ? Kalau aku biar aku sentap depan orang tu daripada aku tau dia kutuk belakang aku memang goodbye lah kan . Jadi, kesimpulannya tak semestinya mulut laser orang tu jahat .. 

Jenis ketiga ialah mulut bidas


Haaa ni kira macam mulut bontot ayamlah . Kerjanya membidas apa orang cakap . Orang cakap A dia tetap nak bidas B . Spesis mulut kepoh macam ni patut masukkan dalam pertandingan forum . Bagus ya untuk diaorang . Selalunya orang memang tak tahan dengan manusia yang spesis mulut macam ni , Selalu jugak terjadi dalam kalangan suami isteri yang takda persefahaman . Serius aku menyampah dengan orang macam ni . Aku nak aje tampar kalau jumpa yang spesis mulut macam ni . Tak reti dok diam, nak ikut kepala dia aje . Cakap orang lain tu semuanya salah . Errr korang pernah jumpa ? Aku ? Ada je di sekililing aku . 

Jenis seterusnya mulut gula-gula/manis


Haaaa yang ni memang boleh dikatakan semua orang kat dunia mulut manis . Selalunya mulut  kita automatik jadi manis macam gula bila nak bodek mak ayah kita atau sesiapa jelah kan . Hahahha . Sorry aku tak layan orang mulut manis ni, sebab nampak sangat tak ikhlas . Puji orang sebab nak dapat kan sesuatu (hahah aku pun kadang2 macam ni) Aku selalu jumpa spesis ni kat kedai baju.kasut, pasar malam , dan paling ramai dekat shoutbox lah kan . Hahhah . Blog buruk aku ni dikatanya comel hanya sebab nak suruh aku follow . Hehehe . Fine realiti manusia kan . Takpalah nak buat mcm mana adat hidup blogger . 


So korang jenis mulut yang mana? Weheee . Tak kisah kita jenis yang mana . Kita ni manusia yang tak sempurna pun kan  ?  Haaa paling penting walau sekepoh apa pun mulut kita jangan lupa berzikir,baca ayat Al-quran . Lebih baik kepoh berdakwah dari sibuk bergosip status facebook orang ya ! Jumpa lagi semua ! 



#CINTA ❥




Haii semua . Sihat  Yeah akhirnya dapat jugak aku update blog . Wehee . Sabtu , ahad pergi bercuti main lane racer . Hehehhe . Haaa entry ni sepatutnya aku post sebelum hari sabtu,tapi sebab aku penat aku post hari ni jelah . Aku dapat ni dari pdh . Jom ketahui apa itu cinta .

Bila korang jumpa seseorang adakah  korang . . . . . 

Adakah tapak tanganmu berpeluh, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
-Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
-Itu bukan Cinta, itu NAFSU.


Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana? 
- Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.


Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
-Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.


Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
-Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.


Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
-Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.


Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? 
-Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.


Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
-Itu bukan Cinta, itu DUSTA.


Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
-Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.


TETAPI . . . .


Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami, menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
- Itulah CINTA.


Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? 
-Jika begitu, itulah CINTA


Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? 
-Jika itu yang kau lakukan, itulah CINTA


Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
-Itulah CINTA


Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
-Ya ! Itulah namanya CINTA 


Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? 
-Ini dinamakan CINTA


Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
-yang demikian barulah CINTA . 


Hmmm . Amacam ? Korang tengah bercinta atau sebab kesiankan seseorang tu ? Korang yang baca korang je yang tau sendiri . Aku kongsikan untuk sesiapa yang taktau lagi . Nak pergi baca buku dulu . 

#Wanita Yang Hebat !



Entry malam ni pendek je . Untuk kaum-kaum aku . Semoga apa yang aku kongsikan dapat memberi manfaat pada korang okay . 

  • Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
  • Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
  • Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
  •  Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


 Tapi yang ni paling penting . Hehehe . 

.:: – Bersopan satun
.:: – Sentiasa memaniskan wajah
.:: – Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain.

Esok sambung , InsyaAllah . Selamat Malam .


#Make-up para muslimah :)


Apa kabar muslimah semua ? sihat ? Hurmm . Mungkin apa yang aku nak kongsikan malam ni ramai yang dah tau , Tapi takpelah sharing is caring kan ? heee . Mungkin korang boleh amalkan jugak benda ni . Jom baca . :)


  •  Untuk kecantikan anda, ber’make-up’lah ke salon IMAN.
  •  Tundukkan pandangan, nescaya mata semakin JERNIH.
  •  Warnai bibir dengan lipstik kejujuran, nescaya bibir semakin MANIS.
  •  Merahkan pipi dengan rasa malu, nescaya semakin MENAWAN.
  •  Cucilah rambut dengan jilbab penutup yang rapat, nescaya akan AMAN.
  •  Bersihkan dari dosa dengan sabun istighfar, nescaya jiwa semakin PUTIH.
  •  Terapkan lulur kasih sayang, nescaya semakin LEMBUT hati anda.
Selamat malam !

#KPOP GIRLS GENERATION |THE BOYS|





Annyeonghaseyo chingu ! . Weee . Amacam peminat kpop ? Dah  usha belum video terbaru snsd ? Aku dah tengok tadi . Ohh sangat awesome  ! . Diaorang sangat cantik menarik snsd memang d'bomb ! Masing-masing dahla tinggi pakai lagi heels, woot memang macam galah dah . Tapi untunglah kaki panjang cantik . Hehehhe . Comellah diaorang tu . Suka sangat tengok tau . wee . 



Nah untuk korang yang belum tengok . heee . Aku sangat dan tersangat lah suka part kelopak bunga jatuh tu . Yang burung terbang tu . Cantik sangat . Paling suka kasut diaorang lah . Hahha . Tak pernah terfikir pakai kasut tinggi macam tu . Mau patah kaki aku . Baru malam semalam  release mv ni dah 880 640 yang tengok . wuhuuu . Memang awesomelah . Cuba lah artis Malaysia upload je mv diaorang kat youtube . Kan senang . Pada aku kalau diaorang upload kat youtube lagi banyak sambutan kan ? kan ?  Ni tak, errr . 


Haaa tengok album pun kelas gitu ! Cantikkan ? Nak beli nak beli tapi duit takda . bhahha . Okaylah . babaii . 




#Langgar Budak Macam Langgar Bonggol !




-gambar-





Haii semua . Hurm, korang mesti dah tengok kan video ni ? Sedihkan ? Kesian budak kecik tu . Orang boleh buat bodoh je . Yang buat aku menangis part ada satu van langgar budak tu . Dia langgar budak tu macam langgar bonggol SAHAJA ! Dahlah tu,orang yang jalan kaki tu dengan selamba je boleh lalu tepi budak tu . Bukan sorang dua, tapi ramai ! Ramai ! Mana sifat kesian diaorang sebagai manusia ? Diaorang tak berperikemanusiaan langsung ! Kalau tak silap dua kali budak kena langgar ! Budak kecik tulangkan lembut lagi . Bayangkan van+kereta yang berat macam apa tu . Aku menangis tengok video tu . Thanks to the aunty yang bawak budak tu ke tepi sampailah mak dia sampai . 
Sepatutnya :
  • mak dia tak biarkan anak dia jalan sorang-sorang . 
  • mak dia jaga dia elok-elok, dia sangat kecik taktau apa-apa
Inilah manusia zaman sekarang . Even, binatang pun takkan buat macam tulah ! Bayangkan anak korang yang kena macam tu . Apa yang korang rasa ? Sedih ? Suka ? Hurmm . Jadikanlah peristiwa ni sebagai pengajaran untuk kita semua . 

Sesakit apa yang kau rasakan dalam hidupmu, setiap kejahatan oleh manusia padamu bukan menjadi alasan bagimu untuk membalasnya, hadapilah dengan sabar. Jangan biarkan ia melemahkan imanmu. Kerana Allah SWT sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar dan Allah sentiasa menolong orang-orang yang lemah dan teraniaya.



#Demam . Esok Exam :(


Selamat petang semua . Hurmm aku demam . Iskk iskk . sedih . Pagi tadi jawab math badan panas je . Otak tak berfungsi :| Entah apa yang ditanya,entah apa yang aku jawab . Sedihnya . Aku takut math . Takut . Aku taknak pindah kelas . Aku taknak kecewakan diri aku dengan markah exam yang teruk . 9 bulan pergi balik sekolah+tusyen tapi takkan aku nak dapat markah yang teruk . (sambil menangis)

Esok lagilah exam sejarah . Ya Allah kau jauhkan aku dari penyakit ini . Aku tau ni semua ujian Allah . Allah nak uji sama ada aku kuat atau tidak jalani ujian yang dia beri . Tapi esok sejarah . Aku kena hafal segala benda . Kalau otak aku taj berfungsi dengan baik . Hurmm . Ya Allah bantulah aku supaya aku dapat jawab kertas sejarah esok dengan tenang dan lancar . 


Aku akan doa banyak-banyak . Korang doakan aku sekali ya ? Errmm first time exam sakit . Maaf aku sibuk sikit sebab minggu exam,tak sempat lagi nak jalan-jalan blog korang . Jaga diri korang , 

#Orang Yang Akan Didoakan Malaikat .


Esok exam math haiyoooo . ermm okaylah entry malam ni aku dapat dari akuIslam . Mesti korang taknak baca aku merapu-rapu kan ? hehhe . okay jom . 

  • Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
    “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
  • Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
    “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
  • Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
    “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
  •  Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
    “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
  •  Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
    “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
  • Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
    “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
  • Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
    “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “
  • Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
    “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’” 
  • Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
    “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
  • Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
    “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
  • Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
    “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Tujuan aku buat entry ni untuk share dengan korang-korang yang taktau . OKaylah nak study . Selamat malam !