14 BAHAYA LIDAH !

 Assalamualaikum (^^,

 

TOPIK HARI INI BERKAITAN LIDAH MANUSIA BUKAN LIDAH SEEKOR KUCING HIIIKK

Manusia memang pandai berkata-kata . Ada kata-kata yang menyenangkan, yang menyakitkan dan macam-macam lagilah . Tapi selalu yang aku jumpa sah lah yang menyakitkan hati. Walaupun hidup kita tak kacau orang lain tapi orang tetap mengata kita . Manusia . 

Sebagai manusia kita jangan mencaci/mengata/mengejek orang walau kat mana pun kita . Sebab boleh jadi apa yang kita burukkan mengenai seseorang tu akan terkena pada kita balik . Allah tu maha adil . Sekarang dosa dunia Allah bayar cash je takda hutang-hutang lagi . 

Jadi hari ni aku nak kongsikan 14 bahaya lidah dengan korang semua . Aku harap apa yang aku kongsikan ni bakal menjadi ingatan untuk korang semua okay . 

Imam Al-Ghazali mengemukakan ada 14 macam bahaya lidah yang harus diperhatikan manusia.

  1. perkataan yang tidak bermanfaat yang boleh membuatkan hati kasar.
  2. mereka yang banyak bercakap, maka dia banyak bohong. 
  3. bersembang kosong. Padahal ciri-ciri orang beriman (QS 23:3) adalah mereka yang sentiasa menghindarkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat.
  4. menyebabkan pertengkaran dan dendam.
  5. banyak bicara akan menimbulkan permusuhan antara kelompok dan golongan.
  6. mereka yang berbohong dengan mengaku sebagai pakar suatu bidang.
  7. ucapan yang mengandungi makian dan cacian
  8. ucapan yang mengutuk seseorang atau satu golongan.
  9. ungkapan syair atau nyanyian yang membangkitkan nafsu kebinatangan seseorang.
  10. senda gurau dengan memperolok-olok orang lain. Rasulullah bersabda: ” Sesungguhnya mereka yang mentertawakan teman-temannya, mereka akan jatuh ke dalam neraka, lebih jatuh dari bintang suria.”
  11. mengejek orang lain. Allah berfirman: Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum merendahkan (mentertawakan) kaum yang lain. Boleh jadi (yang ditertawakan itu) lebih baik dari mereka (yang mentertawakan). Jangan pula sekelompok wanita mentertawakan kelompok wanita yang lain, boleh jadi (yang diperolok-olok itu) lebih baik dari mereka dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk,”” (QS 49: 11).
  12.  membuka rahsia orang lain.
  13. berjanji palsu.
  14.  bersumpah palsu. Semua itu akan merosak nilai-nilai amanah. Rasulullah bersabda: ”Waspadalah terhadap pembohong! Sebab pembohong dan orang-orang yang zalim sama-sama dalam neraka.” (HR Ibnu Majah)
    Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah: ”Apa penyebab terbesar orang masuk neraka?” Nabi menjawab: ””Kerana lidah dan kemaluannya.” (HR Turmudzi). 
    Mudah-mudahan kita semua dapat mengendalikan diri.

Haaa amacam ? Aku yang baca ni pun rasa nak ikat-ikat je mulut aku ni . Errr takut ohh . Yelahh dalam sehari memang bohonglah kalau ada yang kita cakap tak menyakitkan hati orang kan . So tunggu apa lagi ? Sama-samalah kita menjaga mulut kita yang comel ni . Ahakkss . 

0 ► kaki komen: