aku dan angry bird XD

Assalamualaikum , 


Hai selamat petang semua ! Horayy hari ini aku selsema yang sangat teruk ! Kenapa ? Entahlah dah ALLAH nak uji aku hari ni . Setiap kali nak terbersin air mata aku mengalir . Murah betul air mata aku hari ni . Tak macam selalu heee . Semua orang ingat aku menangis . Teheaaaa . Ohh kesian kawan aku Iqa sebab dia pun termasuk list orang selsema . Saja melencong dari topik jap . Okay-okay habis sampai sini ,

Angry Bird . Kalau dulu semua sibuk dengan DOMOnya kini semua orang sibuk bermain game angry bird termasuk aku . Hahahaa . Yang paling terbaik aku buat semalam masa tusyen kimia . Cikgu dok potpet ajar ion itu ini aku kat belakang dalam dunia angry bird . Ya , terma kasih aku memang ada ciri-ciri pelajar cemerlang . (perasan) . Korang yang belum try permainan ni eloklah korang cuba . Rugi kalau tak mencuba sebab memang bestlah ! 

Haaaa ni lah game angry bird . 


haaa yang ni level berapa tah . *sila tekan gambar untuk tumbesaran yang sihat lagi cergas-


HAHAHAHAH , Aku tak lepas . Ni yang darah tinggi sebab tak dapat baling angry bird dekat 'babi hijau' tu **sila tekan gambar untuk tumbesaran yang sihat lagi tinggi .


Tak sampai seminit YEAHHH ! menang . Hahahha . **Sila tekan gambar untuk tumbesaran yang sihat lagi kuat .

Dah tu jer nak kongsikan dengan korang . Jangan lupa main gamenya tau . Babai!



0 ► kaki komen: