◕ 10 PINTU SYAITAN UNTUK MENJADIKAN HATI GELAP TANPA HIDAYAH DAN BARAKAH DARI ALLAH S.W.T

Assalamualaikum :3

Hari ni siapa puasa ? *tepuk tangan . Siapa puasa kita genglah . Hehehe . Hari ni cuaca mendung je,sedap ohh kalau gulung dalam gebor(selimut),okay dah tutup cerita . Ehh setelah bertungkus-lumus bersengkang mata aku dah berjaya make-up blog aku . Heee tak cantik macam blog awok hee . 

Okay sambung topik yang  telah di taip ikhlas dari hati pakai jari,jadi macam yang korang semua tengok tajuk hari ni ,aku nak kongsikan 10 jenis pintu syaitan  yang mungkin ada yang tahu ada yang taktahu , so lets make a move like jagger . Heehehe . 



1. SYARHUL THAA'AM ; gemar kepada makan atau makan terlalu banyak

2. SYARHUL KALAM ; gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang tidak berfaedah kepada dunia dan akhiratnya.

3. GHA'DHAB ; bersifat dengan sifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang kecil.

4. BUKHL ; bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan hartanya pada jalan Allah.

5. HASAD ; dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahan, melebihi dari dirinya.

6. HUBBUL JAH ; cintakan kepada kemegahan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah Swt.

7. HUBBUN DUNYA ; cintakan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah Swt.

8. KIBR ; bongkak atau sombong, dan merasakan dirinya mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi dari orang lain.

9. UJUB ; merasakan dirinya telah banyak beribadat atau telah banyak harta sehingga ia terlupa segalanya, adalah nikmat dari Allah.

10. RIA' ; menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya, beramal untuk mendapat pujian dan sanjungan untuk dipandang mulia oleh manusia bukan kerana Allah.

Jadi kawan-kawan yang aku sayangi,renung-renungkan :)

0 ► kaki komen: