Kalaulah Otak Aku Macam Jimmy Neutron






Haaa tensen ! Tensen ! Bulan 10 nak exam dah, tapi satu hapa tak baca . Tak buat persediaan dari segi fizikal lagi-lagi mental . Arghhh ! Dahlah semakin hari semakin banyak masalah yang aku dapat . Aku pendam je . Aku tak suka aku dia jugak . Aku nangis sorang-sorang je . Takda siapa tau sampai bila aku post entry ni . Aku tertekan sangat !

Aku nak sangat ada otak macam Jimmy Neutron,yelahh boleh selesaikan masalah dengan bijak . Aku ni pulak suka sangat selesaikan masalah ikut emosi . Murah sangat air mata aku,cehh macam boleh beli je kan ? Haha . Tengok Jimmy Neutron mana ada nangis kalau ada masalah dia cool je tau . Tapi aku ? Hmm

Ni aku baru amek Fizik,Kimia,Akaun,+math . Cehh ni lah nak riak tahap bunuh diri . Tu pun aku telah menarik diri dari kelas bio . Miahaaaa . Nampak sangat nak menunjuk budak ni . Patut sempak paya je dia ni . Ngeee .

Walaupun dah turun kelas B ehh persaingan kuat tahap parah tau ! Aku ni dahlah agak lembab nak memproses maklumat yang cikgu bebel-bebel kat depan . Selalunya bila aku baru faham,orang lain dah berkurun faham . Aku ? Baru terhegeh-hegeh . Bak kata cikgu +math aku "bilalah kau orang ni nak dapat hidayah" lepas tu dia akan bagi semangat dengan cakap ni "takpe pelan-pelan kayuh" . Masalahnya cikgu saya ni bukan setakat kayuh ni lebih teruk dari merangkak dah ni . "

Hoahhhhh! Rasa nak pergi tempat yang takda orang dan jerit umpama orang nak bunuh diri . Teringin sangat ni ! Kepala aku yang kerap sakit kepala ni dah makin sakit tau . Entah ni mungkin tanda-tanda suruh aku taubatla ni . Ya tau sangat . Maklumlah aku ni memang nakal . Toksah cerita mulut aku,kalau aku nak marah aku marah je . Tapi yang macam kanak-kanak ribenanya bila aku marah dan aku tahan aku akan menangis . Hahah . Terukkan . Takda pulak aku tengok Jimmy Neutron meleleh kalau ada masalah . Hishh .

Taip entry makan kitkat, esok-esok ajelah kita updated . Babai ! 

0 ► kaki komen: