Murni Aqila Vs Aqilah Mohamad !


Jeng jeng jeng . Tajuk macamlah aku gaduh kan ? Hahahaha . Takdelah, tajuk tu bermakna aku Aqilah Mohamad sangat terharu lagi gembira sampai terduduk tersengih tak berhenti-henti apabila novel dia Murni Aqila telah selamat sampai kat rumah . Awww seperti yang dijanjikan,aku dapat key chain yang sangat comel . Dan opkoslah tanda tangan penulis . Ihikkk .  

Tarrrraaaa .


Keychain tu,satu je . Gamba watak dalam novel tu,depan belakang . Disebabkan keriakkan melanda saje aku snap sekali dua. Biasa ohh manusia memang riak . Akulah antara contohnya . hahahha . 

Sinopsis . 

Menggelabah Raimi apabila Tok Jalal mahu menjodohkan dia dengan gadis yang tidak dikenali. Kalau dibantah, mengamuk pula datuknya itu. Terpaksalah dia mencipta helah untuk melepaskan diri. Idea gila datang tiba-tiba. Sahabatnya disuruh menjadi perempuan. Nak tak nak, Adi turutkan jua permintaan Raimi untuk menjadi ‘makwe’nya.
Apabila tiba masanya...
“Eh... sesuai ke? Orang tak cam aku ke? Aku rasa kekok ni.”“Sesuai lagi secocok. Tak mungkin dia orang boleh cam kau ni jantan. Aku sendiri macam nak gugur jantung tengok rupa kau. Sebiji rupa perempuan. Mantap gitu.” Raimi menyentuh dada Adi dengan kedua-dua tangannya. Bagaikan terkena kejutan elektrik, spontan Adi menepis kasar hingga membuatkan Raimi terpinga-pinga. Tanpa pengetahuan Raimi, Adi ada banyak rahsia yang disimpan. Dan Adi terpaksa berbohong kepada semua. Mungkinkah seumur hidupnya dia terpaksa memendam nalurinya?

Yang nak key chain macam aku tu, cepat2 beli online dengan kak Murni Aqila . Rugi kalau tak dapat . hehehhe . Kbaii . 

0 ► kaki komen: