#Hukum Memakai Inai .


Inai ? Hmm sekarang ni memang dah jadi trend perempuan ukir inai kat tangan . Cantik memanglah cantik . Kalau tengok pun rasa nak buat . Tapi korang semua  tahu ke hukum memakai inai ni ? Terutama yang belum berkahwin ? Kalau dah tau alhamdulilah . Kalau belum jom aku tunjukkan hukum-hukum nya . Enjoy !

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Kalau korang semua nak tau, inai berukir tu ala-ala tatu , yang bentuk awan larat , gambar ke tu serupa macam tatu . Ianya dilaknat oleh Allah  kalau nak pakai inai kena betul-betul dihujung jari . Ini dijelaskan oleh  Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz .

Sabar dulu baca sampai habis . Aku tau korang dah cuak . Hihii . Inai yang berbentuk corak daun atau bunga dibenarkan . Maksud yang ala-ala tatu tu, yang bentuk haiwan/yang mcm dewa org bukan Islam puja tu . Faham ? Jadi dibenarkan bagi yang nak kawin buat inai berukir tu . Tak salah asalkan corak2 daun/bunga-bunga . 

Haaa bagi orang lelaki pula, -Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Hmm aku tau ni pun dari facebook . Terima kasih pada yang memberi info . Harap entry ni mendatangkan manfaat pada korang . 

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.



Babaaaii semua . 


0 ► kaki komen: